Resolusi Muntada Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor

Saya baru sahaja menemui Resolusi ini. Semasa menghadiri Muntada yang lalu, saya tidak dapat mengikuti sesi pembentangan Resolusi, kerana berada di luar dewan menanti kehadiran VIP untuk Majlis Perasmian Penutup. AlhamdulilLah, terjumpa Resolusi ini di blog Ustaz Ahmad Zakuan, Penolong Pengarah Bahasa Arab, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
lk
Selaras dengan kajian yang telah dibentangkan di konvensyen dan perbincangan yang berkaitan. Maka kami, bersetuju untuk bertindak atas resolusi berikut :

وفقاً لما قدم في منتدانا هذا من بحوث ودراسات وما دار فيه من مناقشات
فإننا نحن نعرب عن موافقتنا على القرارات التالية
lk
1.Perlu memelihara, menghayati, melaksanakan dan menyebarkan Bahasa Arab untuk mengangkat peranan bahasa ini dalam merealisasikan misi Sekolah Unggul.

تنفيذ ورعاية ونشر اللغة العربية لدى المدارس لإعلاء دور هذه اللغة في تحقيق رسالة المدرسة النبيلة
lk
2.Perlu merancang strategi P&P Bahasa Arab yang menarik dan berkesan serta mampu diimplementasikan secara benar, serta mempunyai kekuatan untuk membebaskan persepsi murid dan masyarakat dari salah faham yang merugikan perkembangan bahasa Arab. Ini termasuklah mengatakan mata pelajaran Bahasa Arab sebagai mata pelajaran yang susah. Kita mestilah menonjolkan imej sebenar Bahasa Arab yang cemerlang.

تخطيط استراتيجي للتعليم والتعلم الجذاب والفعال والقدرة على تنفيذها الصحيح والقدرة على تحرير سوء التفاهم في اللغة العربية لدى الطلبة والمجتمع الذي يشوه انتشار اللغة العربية. ومن ضمن سوء التفاهم، الفكرة التي تقول بأن تعلم هذه اللغة صعب. إذن يجب علينا أنْ نقدم اللغة العربية بصورتها الحقيقيّة المشرقة
lk
3.Kemudahan teknologi dan sumber sedia ada harus dieksploitasi secara optimum sehingga guru dan murid dapat mengambil dan memanfaatkannya selagi tidak bertentangan dengan objektif pengajaran bahasa dan nilai-nilai Islam.

استغلال التكنولوجيا الحديثة والمصادر المألوفة حتى يكون المدرسون والطلبة مستفيدين بها طالما لا تخالف أهداف تعلّم اللغة والقيم الإسلامية
lk
4.Perlu melaksanakan Kajian Tindakan yang berkaitan dengan pemantapan dan peningkatan mutu Bahasa Arab sehingga memiliki kemahiran keguruan atau skill profesional yang tinggi dalam pengajaran bahasa Arab.

تنفيذ البحث العلمي الذي يتعلق بكفاءة رفع مستوى اللغة العربية لاكتساب مهارة التعلّم في تعلم اللغة العربية
lk
5.Perlu mengada dan menjalankan program pendidikan, penyelidikan, pelatihan, penyiaran, penerbitan yang meningkatkan tahap kemahiran guru.

القيام على البرامج التربوية والدراسية والتدريبية والبث والطباعة التي منها يرفع كفاءة المدرسين
lk
6.Perlu melakukan pemantauan dan penilaian terhadap resolusi-resolusi yang diputuskan bagi memastikannya dilaksanakan dengan berkesan.

القيام على مراقبة وتقييم للقرارات المعتمدة للتأكيد على تنفيذها

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.