Muntada Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor

Sumber gambar, di sini.
lk
Pada 7 November 2009 yang lalu, saya telah mengikuti Muntada (Konvensyen) Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor 2009 (melibatkan 3 buah daerah iaitu Johor Bharu, Kulai dan Mersing dengan peserta seramai 100++ guru Bahasa Arab) sebagai peserta dan AJK. Muntada ni telah diadakan di SMK Senai, Kulai. Temanya ialah, "Mengangkat Peranan Bahasa Arab dalam Menjana Sekolah Unggul" (tema dalam Bahasa Arab tidak dapat saya sertakan, laptop saya baru format, belum install keyboard Jawi).
lk
Dalam Muntada ni telah dibentangkan sebanyak 5 kertas kerja yang terdiri daripada 1 inovasi dan 4 kajian tindakan. Di sini, saya tak berniat untuk mengulas setiap kertas kerja tu (so, apa yang nak dikongsikan yer). Yela kalau nak ulas satu2 banyaklak, malas rasanya, hehehe... Tapi, takpe, walaupun sedikit, saya akan pastikan ada sesuatu yang saya dapat kongsikan bersama anda semua.
lk
Satu jer yang nak saya kongsikan iaitu kata-kata hikmah (sorry yer saya tak ingatlak kata-kata ni daripada siapa) yang menjadi intro kepada pembentangan inovasi oleh Ustaz Haji Muhidir bin Tamjis daripada SMK Pekan Baru, Muar. Tajuk inovasinya ialah Pengajaran Berlagu. Kata2 hikmah yang saya nak kongsikan tu ialah :
lklk
"Hikmah itu barang kehilangan seorang mukmin.
Sesiapa yang menjumpainya, maka dialah yang berhak memilikinya"
lk
Maksud kata2 hikmah ini ialah, hikmah atau ilmu atau pengetahuan itu adalah sesuatu yang perlu kita cari dan miliki, walaupun ilmu itu dimiliki oleh orang Bukan Islam. Kerana ilmu itu, akan membawa manusia daripada gelap kepada terang, daripada musykil kepada faham dan daripada mundur kepada maju. Kita hendaklah mengambil apa yang diperkatakan (ilmu yang bermanfaat), bukan melihat kepada siapa yang memperkatakannya. Jikalau mahukan ilmu mengenai kemahiran menggunting rambut, tidak perlulah berjumpa alim ulama', profesor dan sebagainya, cukuplah sekadar bertanya kepada si penggunting rambut; kerana dialah yang sebenar-benarnya memiliki ilmu tersebut (janganlah kita memperkecilkan si penggunting rambut dengan beranggapan siapalah dia di sisi kita yang mahu memberikan ilmu itu).
lk
Faham tak yer? Harap2 fahamlah yer. Maaflah kalau penjelasannya kurang jelas, ataupun jauh menyimpang daripada maksud sebenar.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.