Hari Anugerah Cemerlang SK LKTP Sungai Sayong

Pada 17 November 2009 yang lalu, telah berlangsung Hari Anugerah Cemerlang SK LKTP Sungai Sayong; sebagai meraikan kejayaan murid-murid di dalam peperiksaan akhir tahun, juga meraikan murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah di dalam bidang sukan, ko-kurikulum, ko-akademik dan NILAM serta murid-murid yang telah memberikan sumbangan kepada sekolah samada menjadi Pengawas, Pustakawan dan sebagainya lagi.
lk
Namun, saya tidak berpeluang untuk turut sama di dalam Majlis ini, kerana pada hari tersebut saya terlibat di dalam Kem Literasi dan Majlis Khatam al-Qur'an Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 sebagai Pengacara Majlis. Namun, saya masih berpeluang menyaksikan kemeriahan Hari Anugerah Cemerlang tersebut melalui rakaman video yang telah diambil oleh rakan saya; Zaki.
lk
Jom saksikan persembahan nasyid daripada Kumpulan WardatunNur (kumpulan nasyid Sekolah) yang telah membuat persembahan di dalam Majlis tersebut. Semoga terhibur!
lk
lk
Maaf, kualiti video kurang memuaskan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.