Keputusan UPSR Tahun 2009

Murid-murid yang mendapat keputusan 4A1B dan 4A1C

Murid-murid yang memperoleh keputusan 5A bergambar bersama pihak pentadbiran Sekolah dan Pengurus FELDA

Murid-murid yang memperoleh keputusan 5A bergambar bersama keluarga masing-masing

Murid-murid yang memperoleh keputusan 5A bergambar bersama guru-guru Tahun 6

Penyampaian slip keputusan UPSR

GB memberikan ucapan sebelum slip keputusan UPSR disampaikan kepada murid-murid

Ibu bapa dan murid-murid berdebar-debar menunggu slip keputusan disampaikan

AlhamdulilLah, Keputusan UPSR Tahun 2009 telah pun diumumkan pada 19 November yang lalu. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, dengan nikmat kecemerlangan yang telah dikurniakan buat murid-murid Tahun 6 SK LKTP Sungai Sayong.
lk
AlhamdulilLah, pada tahun ni seramai 4 orang murid telah mendapat keputusan 5A (tahun lepas hanya 3 orang), 6 orang 4A1B dan 2 orang 4A1C. Secara keseluruhannya, gred sekolah telah meningkat dengan GPS 2.26 dan 77.10% lulus (tahun lepas hanya 50++%, maaf tak dapat data yang lengkap). Untuk matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman 98.57% lulus (tahun lepas 94.1%), Bahasa Melayu Penulisan 85.71% lulus (tahun lepas 72%), Bahasa Inggeris 80% lulus (tahun lepas 63.2%), Matematik 91.43% lulus (tahun lepas 82.4%), dan Sains 92.86% lulus (tahun lepas 75.4%).lk
lk
Tahniah, buat semua murid-murid Tahun 6 SK LKTP Sungai Sayong! Kepada yang berjaya, teruslah berusaha mengekalkan kejayaan anda. Dan kepada yang kurang berjaya, usah mudah berputus asa. Perjalanan kalian masih jauh, punya banyak waktu untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan. Ingatlah, Allah S.W.T. itu tidak akan mengubah nasib sebuah kaum itu, jika ia sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Dan ingatlah juga bahawa amal dan perbuatan yang dikira dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. ialah amal dan perbuatan yang dilakukan dengan penuh ketekunan.
lk
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan terutamanya guru-guru (daripada Pra-Sekolah hinggalah ke Tahun 6), pihak pengurusan dan pentadbiran Sekolah, PIBG, pihak pengurusan FELDA, JKKK Felda Sungai Sayong, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Moga Allah S.W.T. yang dapat membalas jasa kalian.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.