Ziarah Ukhwah Hari Raya `Aidilfitri 1430H - Last Part

Masih lagi cerita tentang ziarah ukhwah Hari Raya `Aidilfitri bagi guru-guru di SK LKTP Sungai Sayong. Siang tadi, merupakan hari terakhir kami. In sya Allah, tahun hadapan kalau ada rezeki, bolehla datang berziarah lagi yer... Gambar kat bawah ni, semasa di rumah Pn. Saemah. Satu gambar ni lupa nak upload. So, upload dalam entri ni la yer...
lk
Tengokla tu bersemangat sungguh mereka makan sup kambing gearbox. Acara lari sambil bawa balang kuih pun ada, heheh...
kj
Ok, gambar2 kat bawah ni adalah untuk hari terakhir kami.
lk
Tarikh : 11102009/ Ahad
Tempat : Taman Anggerik
Nama Guru : En. Md. Sukor bin Marzuki
Menu : Nasi lemak, kuih raya dsb.
lk
Tengokla baby2 tu, belum makan nasi lemak, dah tertido... zzz...

Tengokla ada orang tu, orang lain dah abis makan, die dok ngunyah je lagi...

Tayang kereta nampak, blink, blink, blink....
lk lk
Tarikh : 11102009
Tempat : Taman Anggerik
Nama Guru : En. YM Raja Sharudin bin Raja Abdullah (YM tu bukan Yahoo Messenger yer)
Menu : Soto (sedapler), spaghetti, dsb.
lk
Sian, tuan rumah... Dorang ni pagi2 buta dah datang. Tuan rumah tak sempat nak mandi lagi. Opss... Hehehe...
lk
Ala, baby2 ku ini, asyik korang jer enterframe. Photographer tak ada gambor pun tau, huhuhu...

Gambar makanan tak sempat snap. Photographer balik awal, sakit perut, hehehe...

Tarikh : 11102009
Tempat : Taman Sayong Pinang
Nama Guru : Cik Nurul Aini binti Fatkhorrahman
Menu : Nasi impit, sambal goreng (my fav.), daging bistik dsb.
lk
Mek Kelate : "Kawe doh tigo ari dok make... Mung dok nunggu aku make yo" (sambil mencekak pinggang).

Cara-cara makan kuih raya - bukak penutup balang, ambil kuih, dan makan, nyum2...
lk
Tarikh : 11102009
Tempat : Bandar Tenggara
Nama Guru : Saya... Hehehe...
Menu : Mee kari n kek marble tunjuk2 jer, hehehe...
lk
Azhar makan 2 kali. Tapi, die malu nak makan kat dalam, takut orang tegur...

Baby2 dah kepenatan. Maknyer yang makan. Tapi, baby yang kembung perut...

Tarikh : 11102009
Tempat : Bandar Tenggara
Nama Guru : En. Azhar bin Abdul Hamid
Menu : Nasi berlauk; lauk ayam masak lemak, itik masak rendang n lauk kambing n kambing n kambingggggggg..., kuih raya dsb.
lk
Sam merajuk sebab lauk kambing ditiadakan atas sebab2 tertentu. Hehehe...

Hujan turun menyembah bumi, seiring mengiringi kepulangan kami yang telah kekenyangan. AlhamduliLah, atas rezeki kurniaan-Mu Ya Allah...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.