Ahlan wa Sahlan to The Little Caliph

Tahniah buat pasangan Zulkefli bin Abdul Jalil dan Siti Aminah binti Md.Taib atas kelahiran baby sulung mereka (baby boy); yang telah menjengah alam dunia ini pada 19 September 2009 (malam raya); seberat 3.80kg. Baby mereka telah dinamakan dengan Ahmad Zulfaizee.
kl
Dan tahniah buat pasangan Mohd Faisol bin Palal dan Norafizah binti Yusof atas kelahiran baby kedua mereka (baby boy, baby pertama baby girl); yang telah menjengah alam dunia ini pada 1240 tengahari, 29 September 2009 bersamaan 10 Syawal; seberat 3.17kg. Baby ini belum mempunyai nama lagi.
kjkl
Keempat-empat mereka ini adalah sahabat seperjuangan saya di dunia perguruan ini. Keempat-empatnya adalah guru j-QAF. Dan Norafizah adalah rakan setugas saya di sekolah.

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

“Semoga Allah memberkati kurniaanNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya".

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan :

“Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau".

Sumber daripada :

http://www.perjalanansuci.com/Informasi/AdabMenyambutKelahiranBayi.htm

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.