Teks Pengacara Majlis - Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Per. Daerah Kulai Tahun 2009

TEKS PENGACARA MAJLIS
MULTAQA GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
DAERAH KULAI TAHUN 2009
DI DEWAN ASRAMA, SMK BANDAR PUTRA, KULAI
10 OKTOBER 2009

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad, Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat, Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Min Raub ila Pontian
Satuwaasilu fi Kuala Perlis
Arju lakum taqdimul ikhtimam
Ista’dzinu an abda’ul Majlis.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين، والصلواة والسلام على أشراف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
رب اشرَحْ لنا صدورنا، ويَسِّرْ لنا أمورنا، واجلل عقدة من لساننا، يفقج قولنا

Yang Berbahagia
Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad
Penolong Pengarah
Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat
Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
selaku tuan penceramah kita pada hari ini

Yang Berusaha
Ustaz Ziman bin Mohammad
Penyelia Kanan Pendidikan Islam
Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Azman bin Adnan
Pengetua
SMK Bandar Putra
selaku tuan rumah

Ahli Jawatankuasa Kerja
Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2009

Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2009.

أيها المحاضرون الكرام
أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى ملتقى معلمي التربية الإسلامية ب كولاي سنة ألف والتاسعة

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2009 di dalam Bulan Syawal yang mulia ini. Mudah-mudahan ianya dapat mengeratkan ukhuwwah di antara Guru-Guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai ini.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bagi memohon keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Asri bin Hussin daripada SK Kulai 1.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Asri bin Hussin atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Bagi menambah kemeriahan Majlis kita pada hari yang penuh dengan kemuliaan ini, marilah sama-sama kita dengarkan bacaan berzanji, dan sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Untuk itu, dipersilakan kepada Ustaz Mohd Nazli bin Abdul Samad daripada SK Kangkar Pulai 2 dan Ustaz Syam bin Hamzan daripada SK Polis Kem untuk membaca rawi dan memimpin bacaan selawat.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nazli bin Abdul Samad dan Ustaz Syam bin Hamzan atas bacaan rawi dan memimpin bacaan selawat sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad di atas ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ceramah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad, Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat, Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Syukran jazilan diucapkan kepada Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad di atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.

Mudah-mudahan kita semua akan dapat mengambil istinbath dan istifadah daripada ceramah yang telah disampaikan itu.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bunga mawar cantik berseri
Dipetik juragan dibawa ke pekan
Persembahan nasyid nama diberi
Marilah bersama kita saksikan.

Sebagai hidangan untuk telinga yang fitrahnya mendengar, marilah sama-sama kita berhibur dengan beberapa buah lagu yang akan didendangkan oleh kumpulan daripada SK Polis Kem.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada atas persembahan nasyid sebentar tadi.

Untuk pengetahuan semua, kumpulan nasyid ini telah mewakili Daerah Kulai ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Dijemput kepada Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Mohd Hairozi bin Mohammad disertai para tetamu untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan.

Juga dipersilakan kepada semua untuk sama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan.

1 ulasan

razi berkata...

saya mohon izin untuk jadikan contoh bg pihak rakan saya...tq

Dikuasakan oleh Blogger.