Pes dan Nasi Goreng Tomyam Thai

Dah lama saya berhajat nak cuba buat sendiri pes tomyam Thai. Dok tengok video tutorial tu takdelah susah mana. Tapi, baru semalam berkesempatan nak cuba. Itu pun ada juga bahan yang tak cukup. Sementelah semangat tengah ada ni 'bedal' ajelah kan? Hihihi...


Air tangan saya... Dijamin sedap! Kihkihkih...
RESEPI PES TOMYAM THAI (SEPERTI DALAM VIDEO)

Bahan-bahannya:

Bahan A

8 biji cili merah
3 biji cili hijau
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
4 helai daun limau purut
1 inci kunyit
2 sudu udang kering
2 sudu ikan bilis
3 batang serai
1 sudu belacan
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu garam
Sedikit gula
Sedikit minyak

Bahan B

1 biji limau nipis (diperah airnya)
1/4 keping gula melaka
3 sudu kicap ikan

Cara-caranya:

Kisar bahan A dengan sedikit minyak. Selepas itu, tumiskan bahan kisaran dan masukkan kicap ikan dan gula melaka. Kacau seketika dan perahkan air limau nipis. Kacau seketika lagi dan biarkan hingga kering dan pecah minyak.

So, pes dah siap apa lagi bolehlah kita mencubanya kan? Hihihi... Saya tak cuba masak tomyam lagi tapi dok cuba buat nasi goreng tomyam. Resepi? Alah, resepi campak-campak je. Yang penting, perencah utamanya menggunakan pes tomyam Thai ni. Selamat mencuba!

Dihidangkan bersama sosej goreng dan 'scramble egg'.
Nampak menyelerakan tak? Bolehlah kan... Hehehe...

1 ulasan

aDisH.sHidA berkata...

nampak menyelerakan...poskan pes tu boleh x?

Dikuasakan oleh Blogger.