Setahun Sudah Berlalu...

Sumber asal gambar sebelum diedit - di sini.
3 Februari 2015 yang lalu, genaplah tempoh setahun saya bergelar sebagai seorang pelajar PhD sepenuh masa. Dan sepanjang tempoh itu jugalah saya telah bercuti dan meninggalkan sementara kerjaya sebagai seorang guru. In syaa Allah, berbaki 2 tahun lagi sebelum saya menamatkan pengajian dan kembali bertugas. Walaupun sedang bercuti, kadangkala saya masih melibatkan diri dengan beberapa aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Kebetulan, saya tinggal berdekatan dengan sekolah. Hanya berjarak 14km sahaja. Tahun lepas pun saya masih melatih team kalam jama'i sekolah dan alhamdulillah berjaya mewakili daerah hingga ke peringkat negeri.

Namun demikian, keutamaan tetap perlu diberikan kepada pengajian. Kerana saya telah diberikan biasiswa dan cuti belajar. Sudah tentu menjadi tanggungjawab untuk saya memastikan pengajian yang diikuti sentiasa 'keep on track'. Fokus perlu diberikan kepada kajian yang saya jalankan; in syaa allah berkaitan ICT dalam pembelajaran tilawah al-Quran, di samping mengikuti aktiviti-aktiviti seperti bengkel, seminar, kolokium dan sebagainya lagi. Saya juga perlu membentangkan kertas kerja dalam seminar dan menghantar ke jurnal-jurnal yang berkaitan sebagai memenuhi syarat pengajian.

Erm, tak tahu nak cakap macamana. Nak kata senang tidak; nak kata susah pun tidaklah juga. Ada susah dan senangnya. Ada mudah dan ada juga cabarannya. Buat masa ini, cabaran paling besar buat saya ialah untuk melawan sikap malas dan suka menangguh kerja. Huhuhu... Sebenarnya, belajar secara separuh atau sepenuh masa bukan persoalannya. Yang paling utama ialah sejauhmana kita dapat memberikan komitmen dan mengurus masa dengan baik. Ada sahaja pelajar yang mengikuti pengajian secara separuh masa dapat menamatkan pengajian dengan jayanya dan 'graduate on time'.

Saya sentiasa berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan pengajian saya; dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan tepat pada masanya. Doakan saya ye... Dan mudah-mudahan dengan ilmu yang dimiliki; saya lebih mengenali Sang Pencipta dan mempermudahkan jalan bagi saya untuk menuju ke syurgaNya. Aamiin...

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a.:

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ﷺ قَالَ: وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ.

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu perjalanan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga disebabkan perbuatan itu (menuntut ilmu).

2 ulasan

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC berkata...

lama tak berblogging.. lama tk baca blog kawan2..

aDisH.sHidA berkata...

cepat betul masa berlalu kan..dah setahun pun...semoga kerajinan awak berterusan..mcm update blog nie jgk la..

Dikuasakan oleh Blogger.