Teks Doa Majlis Rasmi - Sambutan Hari Guru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.


اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbal ‘Alamin,

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor Tahun 2011 pada pagi yang berbahagia ini dengan tema “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

Ya Allah, Ya ‘Aziz Ya Sattar,

Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang mulia dan murni. Justeru itu, kurniakanlah kepada guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kami di dalam mendidik dan membimbing kami menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah juga kepada mereka dengan kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama dan permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa di dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik yang menjana transformasi pendidikan Negara.

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

4 ulasan

Unknown berkata...

assalamualaikum...
selamat malam cikgu azreef...
suka bila cikgu kongsi sesuatu yang berharga kepada kami semua..

mana tau.. satu hari ada anak2 buah minta pendapat ttg teks ucapan......

terima kasih ya

CikguAreefNaim berkata...

w'salam kak...

gud night...

in sya allah, yg bagus2 saja kita kongsikan, yg tk bagus tu kita tolak ke tepi, hehehe...

Unknown berkata...

alhamdulillah sangat membantu :)

Unknown berkata...

Assalamualaikum cikgu.... Izinkan saya guna teks doa ini ya... Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.