Terkandas Di Perjalanan

Hari ini
Saya menyertai satu lawatan
Ke Sekolah "Penanda Aras Program j-QAF"
Di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor

Sebagaimana yang dijadualkan
Semua peserta yang terlibat perlu berkumpul
Di PPD Kulaijaya pada jam 1200 tengahari
So, saya dengan konfidennya
Jam 1130 pagi baru nak bertolak daripada sekolah
Kerana menjangkakan boleh tiba di PPD Kulaijaya tu
Tepat pada waktunya

Dalam perjalanan tu
Saya tengok ada banyak polis yang berkawal di bahu-bahu jalan
Curious gak dibuatnya
Pastuh saya adalah memotong 2 buah lori ni
Tengok2 kat depan tu ada polis peronda
Mengarahkan agar saya memberhentikan kereta ke bahu jalan
Alamak, dah cuak ni
Rupanya-rupanya polis peronda tu bukan arahkan saya sorang je
Tapi, semua pemandu lain pun kena gak, hehehe...

Dalam hati ni dok bertanya-tanya
Ada apa ek?
Pastuh nampaklah polis peronda asyik lalu je
Masa tu jalan memang dah clear
Tengok jam, rasa tak boleh nak sampai jam 1200 tengahari tu
Beberapa kali saya membuat panggilan ke seorang ustaz ni
Untuk memaklumkan kondisi saya ketika itu

Dalam 20 minit tersadai kat tepi jalan tu
Dengar bunyi riuh datang dari arah hadapan
Rupa-rupanya ada jelajah berbasikal
"Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia"
Erm, layankan jelah...
Ingatkan ada apalah tadi, hehehe...

Then, tengok jalan macam dah clear je
Masing-masing kembali meneruskan pemanduan
Tapi still jammed lagi
Sebab ada lagi seorang dua pelumba yang tertinggal
Pastuh ambulan lalulah, lori polis lalulah
And ada macam2 lagi kenderaan yang berkaitan dengan Kejohanan tu
Dok lalu sepanjang jalan tu...

Akhirnya, jam 1240 tengahari
Baru saya tiba di PPD Kulaijaya tu
Tu pun ada seorang ustaz lagi yang terlewat
Sebab dia pun terkandas macam saya gak
And ada 2 orang ustaz lagi yang terpaksa
Drive sendiri sebab mereka lagi lewat tiba
Sebab salah seorang ustaz tu memang tak boleh drive keluar
Dari jalan utama sekolahnya 
Sebab jalan tu ditutup dan dikawal polis
Bagi memberi laluan kepada pelumba-pelumba tu

Sila klik di sini
Untuk membaca petikan berita
Yang berkaitan dengan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia ini







Ni je yang sempat saya rakam
Rasa ralat pulak sebab tak sempat nak rakam
Ketika pelumba-pelumba tu 
Melalui tempat saya tersadai tu (hehehe)

8 ulasan

Unknown berkata...

cikgu

jam 12 tegahari esok kat tempat kita pulak...
tak sabor nak tunggu tepi jalan nie...heheheh

CikguAreefNaim berkata...

to kak ayu,

ooo ye ke kak? sy ni mmg tk tahu, tu yg jd tertanya2 tu, hehehe... ni jalan orchard - kulai...

mummysyafie berkata...

aritu sempat tengok kat putrajaya..

salam areef..lama tak singgah sini

NzA berkata...

trkdg perkara2 camne mengganggu prjlnan.....

Tanpa Nama berkata...

ingatkan terkandas sbb pe td..kena diberhentikan keta..kena saman ka?rupa2nya hal basikal tue

CikguAreefNaim berkata...

w'salam mummysyafie,

mesti akak tgk ms pelepasan tu kan...

tkpe, tk kisah pun... sy rajin gak baca entri akak, cuma tak rajin komen jer, hehehe...

CikguAreefNaim berkata...

to kak nza,

betullah kak, cubalah klu diberi maklum lbh awal kan sng, sng kita nak merancang perjalanan...

CikguAreefNaim berkata...

to cikgu mia,

saje nak wat suspen, hehehe...

Dikuasakan oleh Blogger.