Ruang Kerjaku
Sejak kebelakangan ni, saya agak busy sedikit
Actually, banyak perkara yang saya busykan
Antaranya ialah busy asyik dok mengemas itu dan ini
Dek berpindahnya kami
Warga SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor
Ke bangunan baru
Yelah, sepanjang hampir setahun setengah bangunan tu dibina
Banyak barang yang tersimpan dan terperok
Bila pindah bangunan baru ni
Terpaksa angkut dan susun semula di tempatnya
Ada yang kotor dan terpaksa dibersihkan
Untuk bilik khas yang dipertanggungjawabkan kepada saya
AlhamdulilLah, dah siap kemas minggu lepas
Tinggal untuk diperindah dan dikemaskini
Dalam keadaan yang lebih baik lagi
Untuk kelas pulak, adalah sikit2 yang saya dah buat sebelum ni
Then, pagi tadi sambil2 membantu sahabat saya
Melatih team bola sepak sekolah
Saya minta pengecualian semasa mereka sedang bermain
Untuk ke bilik guru
Mengemas ruang kerja saya pula
AlhamdulilLah, semua dah siap kemas
Cuma, tinggal satu container yang penuh dengan pelbagai jenis kertas
Yang perlu saya saring dan failkan
Harap2 urusan tu akan segera diselesaikan
Pening tengok bersepah sana-sini
Untuk proses mengemas pagi tadi
Di bawah nilah hasilnya...
Rak buku yang telah disusun
Dengan pelbagai buku rujukan
Pelbagai rekod murid
Dan buku-buku kerja yang perlu diperiksa serta ditanda
Meja kerja saya
Masih kosong daripada sebarang benda
Actually, saya memang suka meja kerja saya
Kosong tidak diletakkan sebarang benda
Bagi saya, ianya memberi keselesaan
Di dalam saya melakukan sebarang urusan
Yang memerlukan untuk saya berada di meja kerja ini
Leave a Comment