Jijik Pada Yang Halal

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Kaifa haalukum? Apa khabar?
Alhamdulillah, saya sendiri masih dikurniakan dengan nikmat kesihatan
Yang membisakan diri ini
Terus bernafas dan bernadi
Sebelum tibanya 'saat-saat itu'

Ok, straight to the point...

Malam tahun baru yang lalu
Saya membawa emak pergi membeli-belah sedikit barang keperluan dapur
Di sebuah pasaraya yang agak terkenal di Bandar Kulaijaya ini

Apa yang ingin saya kongsikan
Adalah senario yang berlaku semasa saya sedang membuat pembayaran
Cashiernya seorang gadis Melayu
Dan yang pasti tentunya dia seorang Muslim
Tetapi, ada perlakuannya
Yang mencacatkan peribadinya sebagai seorang Muslimah

Ceritanya begini
Emak saya ada membeli sedikit makanan laut
Sedikit ikan dan sedikit udang
Dan ianya telah berbungkus
Namun, timbul kekesalan di dalam hati saya
Melihat cara cashier tersebut memegang bungkusan tersebut
Memegang dengan hanya hujung jarinya sahaja
Mempamerkan riak wajah yang tidak menyenangkan hati
Dan cepat-cepat
Terus mencampakkan bungkusan tersebut ke dalam plastik bersih
Nak je saya tegur masa tu :
"Adik pegang najis ke?"

Tapi, saya takdelah ambil kisah sangat
Maybe dia berasa geli kot
Yelah makanan laut ni kan selalunya berair
Dan berbau hanyir
Tetapi, masalahnya
Ada seorang Chinese sebelum saya
Membeli sekaton minuman keras
Kenapa dia tidak menunjukkan reaksi yang serupa?

Adakah makanan laut yang berbau hanyir itu
Lebih jijik
Daripada sekaton minuman keras tersebut?
Dan adakah kita sanggup berkompromi pada perkara yang haram
Berbanding yang halal?
Fikir-fikirkanlah...

Mungkin gadis itu
Tidak mengetahui dan tidak menyedari
Bahawa dia telah turut menanggung dosa
Kerana mungkin baginya
Hanya peminum minuman keras sahaja yang akan menanggung dosa

Saya kongsikan entri ini semata-mata untuk menarik perhatian anda semua
Mungkin anda ada adik-beradik, saudara-mara atau sahabat-handai
Yang bekerja sebagai cashier di pasaraya
Cuba tanyakan kepada mereka
Pernahkah mereka menjalankan urusniaga pembelian dan penjualan minuman keras?
Tentu sekali ada di antara mereka
Yang akan menjawab : "Ya, pernah"
Na'udzubilLahi min dzalik
Hukumnya haram...

4 ulasan

Tanpa Nama berkata...

cite psl arak, teringat semasa belajar agama dulu..mmg betul hukumnya haram bkn saja kpd pengguna malah kpd pembeli & penjual

Unknown berkata...

salam..
teringat adik di giants damansara..
sebelum dia naik pangkat ke supervisor dia jadi chasier

terima kasih cikgu berkongsi cerita..kalau tak..saya terlupa

syukur

CikguAreefNaim berkata...

wah cikgu mia dh kembali, hehehe...

betul apa yg cikgu mia ckp tu...

sume yg berkenaan hukumny sm spt pemandu lori dsb...

CikguAreefNaim berkata...

wsalam,

tulah kak, patutnya kena sediakan kaunter pembayaran tuk pembelian minuman keras...

di pasaraya cuma ada sign 'non halal', tp beli byr tpt yg sama...

ust zaharuddin pun pernah cdgkan agar disediakan kaunter khas utk penjualan n pembayaran minuman keras ni...

sbb cashier ramai melayu n islam biasany...

Dikuasakan oleh Blogger.