Posto... Posto...

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Jika anda baca entri ini, saya ada memberitahu bahawa saya telah berjaya menjawab satu teka-teki yang diajukan oleh Kak Chik, tuan empunya blog Keluargaku Sayang.

Alhamdulillah, petang tadi ketika kaki ini melangkah masuk ke dalam rumah terpamer elok di atas meja sebuah bungkusan. Bungkusan apa ya? Hehehe... Itulah bungkusan hadiah yang dikirimkan oleh Kak Chik.

Gembira sangat dapat hadiah daripada Kak Chik tu. Sebuah buku... Saya memang suka memiliki buku, walaupun entah bila saya akan membacanya. Kerana bagi saya, memiliki sebuah buku umpama memiliki satu harta yang amat berharga. Walaupun kita tidak membacanya lagi, ilmu itu tetap kekal, tidak hilang walau sedikit, tetap berharga dan mempunyai nilai.

Tq ya Kak Chik... Saya amat menghargai pemberian Kak Chik tu. Moga ukhwah filLah kita berkekalan abadan abadan ya Kak Chik...
lk
Hadiah pemberian Kak Chik, syukran...

6 ulasan

Unknown berkata...

Assalamualaikum Areef.
Alhamdulillah akhirnya sampai juga hadiah tu yang kakchik jangkakan sakan sampai pd hari Isnin lagi.
Walaupun belum tahu bila nak membacanya, cubalah belek-belek buku tu kerana ia ditulis pendek-pendek saja mengenai buku yang mempengaruhi orang2 yang terkenal berjaya dalam hidup mereka.
Selamat membaca ya Areef! Guru kena banyak membaca tau :D

umi_e berkata...

Salam...

Tahniah!!! Semoga buku yang dimenangi akan memberi manfaat kepada diri Areef :)

Areef berkata...

Wsalam kak chik,

Ntahla, tak tau nape smpi lewat. anyway, alhamdulillah, dah selamat berada di tgn sy. syukran ya...

sy dah bc sikit2 buku tu. in sya allah sy akan baca sampai abis. ye, kak chik guru ni kena byk membaca, tp kkdg sy mls gak, heheheh... but i'm so appreciate what you'd gave to me...

Areef berkata...

Wsalam kak umi_e,

tq. in sya allah...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam areef,

wah dapat hadiah, tahniah! selamat membaca.

Areef berkata...

Wsalam mama,

heheheh. tq. 1st time join contest anjuran blogger. selalu jd silent reader jer...

Dikuasakan oleh Blogger.