Happy Chinese New Year

Gambar diperoleh di sini. Tq...
lk
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Happy Chinese New Year buat rakan-rakan saya di UTM iaitu Lai Kok Hoe, Pey Shan dan Tee Lee Fang. Sepanjang hidup saya, inilah kali pertama saya mempunyai rakan-rakan berbangsa Cina yang agak baik dengan saya. Oh, lupa... Masa saya di bangku sekolah rendah, saya juga mempunyai seorang rakan berbangsa Cina yang bernama Wong. Selepas itu, tidak berkesempatan untuk bersahabat dengan rakan-rakan dari bangsa lain, kerana saya bersekolah di sekolah agama yang 100%nya adalah orang Melayu, yang mix dengan bangsa Cina adalah. Masa 1st degree, rakan-rakan saya juga kebanyakannya dari bangsa Melayu. Semasa di kolej, ramailah gak student2 berbangsa Cina ni, tapi tak berkesempatan untuk bersahabat baik dengan mereka.
lk
Di UTM nilah, saya berpeluang untuk bersahabat baik dengan rakan-rakan dari bangsa lain ni. And saya juga nak ucapkan Happy Chinese New Year buat CK Tan, my car sales advisor, yang sampai sekarang masih keep in touch (dari jauh jelah) dengan saya. Yela, customer mesti kena jaga ma!!! Hehehe... Ucapan saya buat mereka...

Gong xi fa cai (banyak ong!)
Wan shi ru yi (1000 masalah dapat diselesaikan)
Shen di zhu fu ni (Tuhan memberkati)
Zhu ni xin nian kuai le (selamat tahun baru, semoga anda berbahagia)
Zhu ni xin nian jin pu (selamat tahun baru, semoga anda semakin maju)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.