Dedikasi Buat Itni

U r welcome kak Umi_e
lk
Dedikasi buat Itni
lk
Itni
Kau pergi menemui Ilahi
Menghadap Tuhan Rabbul Izzati
Pergimu
Pasti takkan kembali lagi

Kak Umi_e
Usahlah dikau bersedih hati
Kerana kesedihan
Bisa melemahkan diri
Membuat segala
Serba tak menjadi

Biarlah kenangan itu
Menjadi sebuah memori
Menjadi ingatan
Lupa tidak akan sesekali
Itni tetap di hati

Yang patah akan tetap patah
Yang hilang akan tetap hilang
Yang layu akan tetap layu
Yang hidup pasti akan mati

Tetapi
In sya Allah
Yang patah akan tumbuh kembali
Yang hilang pasti akan berganti
Yang layu pasti akan subur mewangi

Tetapi
Mati itu tetap pasti
Tetap janji
Tidak awal
Tidak juga lambat
Sampai masa
Pasti ia akan menuruti
Kerana ia telah terpatri
Sejak `azali

Yang kekal
Yang abadi
Yang hidup tidak akan mati
Hanyalah Allah SWT
lk
Click here.
lk
And here.

2 ulasan

umi_e berkata...

Salam Areef...

Terima kasih di atas kesudian untuk menerima kad istimewa Itni... Begitu terharu sekali kerana diberikan penghargaan begini...

Areef berkata...

Wsalam kak umi_e

U r welcome... anggaplah ia sebagai tanda persaudaraan kita. paha kanan sakit paha kiri turut merasa sakit. mg persaudaraan kita berkekalan walaupun hanya sekadar di alam maya ini...

Dikuasakan oleh Blogger.