AlhamdulilLah, Terubat Sudah...

Dalam entri ini saya menceritakan betapa sedih dan kecewanya saya apabila team nasyid di bawah pimpinan saya hanya berjaya mendapat tempat ke-2 di dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya, Johor. Ye, saya tahu tempat kedua juga sudah cukup bagus. Bak Lee Chong Wei yang hanya berjaya meraih pingat perak di dalam Final Perseorangan Lelaki Badminton Sukan Olimpik London 2012, semua orang mengatakan ia satu pencapaian yang cukup baik. Tapi, adakah anda dapat bayangkan betapa rasa kecewa dan sedihnya apabila impian untuk bergelar juara tidak dapat direalisasikan? Huhuhu... Itulah yang saya rasakan. Namun, sebagai manusia biasa kita perlu percaya kepada qadha' dan qadar yang telah ditentukan oleh-Nya :) Betul tak?

Namun, akhirnya terubat juga kesedihan itu apabila team kalam jama'e (choral speaking in Arabic) di bawah pimpinan saya telah bergelar juara di dalam Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulaijaya, Johor pada 14 Julai 2012 yang lalu. In sya Allah, akan mewakili Daerah Kulai ke Peringkat Negeri Johor pada 29 September 2012 ini. Mohon semua mendoakan kejayaan kami ye. Dan saya memang yakin berkat doa anda semualah, kami beroleh kejayaan ini. Actually, pencapaian terbaik sebelum ini hanya sekadar mendapat tempat ke-4. Saya pun sebenarnya macam dah malas nak hantar penyertaan. Namun, Allah masih mengurniakan saya semangat untuk terus mencuba dan berkat doa anda semua, AlhamdulilLah kami beroleh kejayaan ini.

Mengimbau kembali detik-detik Wardatunnuha (nama team kalam jama'e ini) diumumkan sebagai pemenang, emcee telah salah menyebut nama Wardatunnuha dengan nama Wirdah an-Nuha. Masa tu, memang rasa frust sangat. Namun, apabila emcee menyebutkan nama sekolah baru kami tersedar, kamilah pemenang yang dimaksudkan, hehehe... Terus saya tunjuk thumbs up kat Wardatunnuha :) AlhamdulilLah, usaha kami selama 5 tahun ini telah membuahkan hasil. In sya Allah, perjuangan akan diteruskan ke Peringkat Negeri pula. Tengah dalam mood risau je ni, huhuhu. Moga Allah mempermudahkan segalanya. Aamiin...







Banyak sangat kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Actually mereka semua ni 1st timer. Hanya 2 orang sahaja murid lama. 

3 ulasan

ummi_norseha berkata...

Slmt Hari Raya yg bkl mnjelma..x dpt bc entri line semput..:)

CikguAreefNaim berkata...

@ummi_norseha

selamat hr ry gak... cepat dptkan ubat semput tu, hehehe...

aDisH.sHidA berkata...

good luck utk team wardatunnuha

Dikuasakan oleh Blogger.