Umpama Tersedar Daripada Mimpi...
Sabtu, 11 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadan 1433H. Lebih kurang jam 9.30 pagi saya bertolak menuju ke sekolah. Ada sesi latihan kalam jama'e. Memandu dengan kelajuan 90-100 km/h. Sambil memandu, sambil menghiburkan hati dengan menyanyikan lagu-lagu ciptaan sendiri, hehehe. Walaupun liriknya entah apa-apa, yang penting hati terhibur :)
Lebih kurang 5km lagi untuk sampai ke sekolah, melalui jalan yang kiri kanannya bersemak dan dipenuhi tanaman kelapa sawit, pemanduan saya tiba-tiba sahaja tersentak. Kereta saya melanggar sesuatu yang saya sendiri kurang pasti. Beberapa detik kemudian saya menyaksikan 'sesuatu yang saya kurang pasti' itu. Ia melambung, perutnya terburai dan terpelanting di tepi jalan. Ya Allah, saya melanggar seekor babi! Seketika kemudian, kereta saya terhenti di tengah jalan. Saya segera keluar daripada kereta. Radiotor pecah, chasis bengkok, bumper tercabut. Huhuhu... Hati saya menjadi hiba mengenangkan apa yang telah berlaku.
Terus telefon sales advisor minta dia tolong uruskan untuk towing kereta. Ada jugalah agen yang entah daripada mana datangnya. Tapi, jangan mudah terpedaya. Adakalanya mereka menawarkan janji palsu. Mereka mengambil kesempatan atas musibah orang lain. Sementara menunggu towing truck datang, saya duduk bersantai di tepi jalan. Menginsafi dan memuhasabah diri. Sebelum tu, ada juga yang berhenti menyinggah mengungkapkan kata sabar dan membantu apa yang termampu. Then, ada beberapa pekerja di kawasan berdekatan tolong alihkan babi tu ke bahu jalan. Tak lama lepas tu, kawan sekerja saya yang tinggal berdekatan datang ambil saya. Kemas semua barang penting, then singgah sebentar di rumahnya sementara menunggu towing truck datang.
Lebih kurang jam 11 lebih baru towing truck sampai. Sedih menyaksikan saat-saat melihat kereta saya ditowing. Umpama sebuah perpisahan. Ketika itu, saya melihat sepasang warga Ca.Ya.Nun.Alif sedang cuba mengangkat babi tu masuk ke bonet kenderaan mereka. Then, terus ke Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi untuk membuat laporan. Selesai membuat laporan, terpaksa pula menunggu seorang Sarjan hanya untuk mengambil gambar kerosakan pada kereta. Hampir 2 jam menunggu, huhuhu... Selesai je, ingatkan boleh dapat terus laporan tu, rupanya hari Isnin baru boleh ambil. Laporan itu hanya boleh dikeluarkan pada hari bekerja. Pelik gak kan, sektor keselamatan pun ada hari bekerjanya. Masa ni, baru saya call mak saya. Mengalir gaklah air mata jantan tu, huhuhu... Yelah, walaupun diri ini diluarnya nampak tabah, boleh senyum dan ketawa, namun di dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Selesai ambil gambar, kereta saya terus ditowing ke Pusat Servis Toyota di Larkin. Tapi, segala urusan berkaitan kena tunggu hari Isninnya gaklah. Petang tu juga terus cari kereta sewa. AlhamdulilLah dapat walaupun harganya memang tak sanggup nak mengingatnya kembali. Tapi, mengenangkan Syawal yang bakal menjelma, pejam mata jelah, huhuhu...
Masa ni, kereta dah ditolak ke bahu jalan.
Sedih bila mengenangkan, huhuhu... Tapi, hati perlu tabah!
Di Pusat Servis Toyota, Larkin
Jujur sebagai manusia biasa, bila kejadian ini berlaku adakalanya saya mempersoalkan kenapa ia harus terjadi kepada saya. Sukar untuk menerima hakikat dan qadha' dan qadar yang telah ditentukan. Namun, saya perlu tabah, perlu sabar dan perlu memuhasabah dan menginsafi diri. Dan saya perlu yakin yang Allah itu menguji sekadar kemampuan hamba-Nya sahaja. Mungkin ia juga kaffarah buat saya; penyucian atas dosa-dosa yang telah saya lakukan...
Leave a Comment