Bayam Goreng Magik

Salam 13 Syawal. Cepat je masa berlalu kan, dah hampir 2 minggu kita beraya... Sana-sini masih sibuk dengan aktiviti ziarah, marhaban dan open house. Erm, teringat pulak kata-kata Datuk Hj. Abu Hasan Din al-Hafiz dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Katanya, 'Aidilfitri hanya disambut pada 1 Syawal sahaja. Namun, aktiviti ziarah, marhaban, bermaafan dan sebagainya lagi boleh terus dilakukan sepanjang bulan Syawal.

Ok, sekarang kita cerita pasal tajuk pulak yer... Actually, semalam adik saya ada bawa balik sayur bayam. So, entah semangat apa yang datang petang tadi maka terlaksanalah projek bayam goreng magik ni. Kenapa magik? Sebab saya menggunakan "tepung goreng magik" sebagai bancuhan untuk menggoreng. Actually, tepung goreng magik ni saya beli dari kawan saya. Tapi, dok terbahai je dalam freeze tu... Almaklumlah, penyakit "M" tu banyak sangat, hehehe... Tapi, sebelum ni saya dah penah try buat cendawan goreng guna tepung magik ni. To be honest, hasilnya memang sangat marvellous. Rangup and sedap tau!!! Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini yer ibuk-ibuk :)



4 ulasan

ummi_norseha berkata...

wah..nmpk mnyelerakn...

Mr. Doctor berkata...

macam menarik.. mesti makan bunyi kruk kruk ja kan.. =)

CikguAreefNaim berkata...

@ummi_norseha

air tangan org bujang, biasa2 je... tp guna tepung magik ni mmg mudah :)

CikguAreefNaim berkata...

@Mr. Doctor

ha ah, gitulah bunyinya, hehehe...

Dikuasakan oleh Blogger.