Masih Kuingat Saat Itu...
03 Jun 2004/ Khamis
Masihku ingat, bahkan in sya Allah selama-lamanya kuingat
Ayahku pergi buat selama-lamanya
Menyahut seruan Rabbul Izzati
Ketika belum sempat kubalas bakti dan keringatnya
Ayahku pergi mengejut
Diserang sakit jantung ketika sedang tidur
Ramai yang terpana tidak percaya
Dek kerana malamnya mereka bertemu ayah
Masih dalam senyum dan tawanya
Ketika itu aku masih di menara gading
Membawa bersama harapan dan kasih seorang ayah
31 Mei 2004/ Isnin
Aku menelefon ke rumah
Ayah yang mengangkat ganggang, jarang sekali sebelumnya
Mungkin untuk menyampai pesan buat kali terakhir
Suaranya kudengar mendatar kesedihan
Memang ketika itu ayah kurang sihat dek kerana demam
Sepatutnya aku akan pulang ke kampung
Pada 02 Jun 2004/ Rabu
Tapi kutundakan
Namun, ketentuan Ilahi
Pagi 03 Jun 2004/ Khamis
Di kala enak dibuai mimpi, telefon yang berdering
Rupanya membawa khabar duka dan lara
Menyampai pesan
Perginya ayah buat selama-lamanya
Tanpa sempat kubertemu dengannya
Buat kali terakhir
Buat kali terakhir
Di kala hayatnya masih dikandung badan
Doaku moga ayah tenang 'di alam' sana
In sya Allah, amiin...
Al-Fatihah...
Kenangan bersama arwah ayah
Leave a Comment