Macam Belangkas!!!

Bagi sesiapa yang tak pernah tengok belangkas 
Bolehlah tengok gambarnya kat bawah ni yer
Belangkas ni saya temui semasa
Pergi berkelah di Teluk Buih, Mersing, Johor
Pada 04 Jun 2011 yang lalu

Belangkas ni biasanya 'melekat' antara jantan dan betina
Yang kat bawah ni, setelah dipisahkan "belangkas 2 sejoli" tu, hehehe... 
Patutlah ada ungkapan "macam belangkas" 
Yang ditujukan buat pasangan lelaki dan perempuan
Yang kerjanya asyik nak 'berkepit' jer
Menurut seorang pengunjung pantai yang saya temui 
Hanya belangkas betina sahaja yang boleh di makan, terutama telurnya 
Tapi, kalau nak masak kena beri pada orang yang pandai menyiangnya
Sebab belangkas ni ada sejenis toksin
Silap-silap makan boleh mabuk dibuatnya

Saya pernah sekalilah makan belangkas ni
Tapi, saya makan telurnya jer
Tapi, menurut seorang rakan saya
Isi belangkas pun boleh di makan
Rasanya lebih sedap daripada isi ketam
Erm, ntahlah kena cubalah kan!

Nak tahu lebih lanjut tentang belangkas ni
Boleh klik di sini yer







Belangkas masak asam pedas
Kali pertama saya menikmatinya
Ketika menyertai ekspedisi 4X4 ke Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai)
Kalau ada yang teringin nak makan belangkas ni
Jemputlah datang ke Kota Tinggi, Johor
Yang terkenal dengan masakan belangkas ni
Terutamanya di Gerai Belangkas Mahkota
Google jelah ek...


Gerai Belangkas Mahkota

8 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Maaf,menyampuk keenakan anda menikmati juadah,saya pernah baca blog ustaz amin mengatakan belangkas haram di mkn sebab hidup dua alam.

linda salam ustaz, ble ke org islam mkn belengkas? 2011-03-27 1:40 PM

mazhab Syafie tak boleh sebab ia dikira dua alam

http://www.ustazamin.com/2011/06/jawapan-pada-persoalan-129.html

moga2 awak tak marah ye.sekadar berkongsi apa yg saya baca.

ikhlas dr ct

CikguAreefNaim berkata...

w'salam,

tkpe ok jer... dulu2 ms sy kecik2 mmg sy ada belajar ttg binatang dua alam tk boleh dimakan.... tp bila sy masuk u, sy ada belaja di dlm hukum fiqh tiada alasan binatang 2 alam... tp alasan yg lbh tepat ialah sebab beracun...

hukum makan belangkas adalah harus... (kita buat/ tinggalkan dua2 tk berdosa)

boleh rujuk keputusan fatwa di sini

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dagingisi-belangkas-dan-telurnya

Unknown berkata...

kak pun mcm awak..
berani makan telur jer...
tapi lepas makan terus pening kepala..
tu pun masa kak kecil2 dalam usia 2 tahun..

terus serik nak makan.. takut pening lagi.....

CikguAreefNaim berkata...

to kak ayu,

alhamdulillah, sy mkn ok jer... sy ni mmg tolak batu n kayu jer, hehehe...

NzA berkata...

pernah tgk belangkas yg hidup...mcm kura2 je kulitnya tu...sedap ek areef????

CikguAreefNaim berkata...

to kak nza,

sy pun 1st time tgk yg hidup ni... 1st time sy mkn dulu sedap gaklah... hehehe...

aizamia3 berkata...

biasa tengok kat Pengkalan Balak Melaka.. tapi tak pandai makan walaupun dah diajar makan telurnya macam mana.. tapi kalau disuruh makan lagi oh.. tidak..

CikguAreefNaim berkata...

to aizamia3,

kwsn pantai air masin mmg ada belangkas ni... sy pun 1st time tgk live... mmg org tk biasa mkn mesti tknak, tp sy ni jenis tolak batu n kayu jer, hehehe...

Dikuasakan oleh Blogger.