Resepi : Sambal Kacang Ulam Pucuk Ubi

Dimulakan dengan lafaz yang mulia
BismilLahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Asssalamu 'alaikum dan salam sejahtera

AlhamdulilLah, hari ini saya telah mula bercuti
Cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina
So, hari ni dok berehat-rehat di rumah jelah...
Ni baru lepas makan tengahari
Erk, AlhamdulilLah...
(Teringat sahabat-sahabat kita yang berada di Bumi Kinanah; Mesir
Apalah nasib mereka sekarang ni agaknya yer?)

AlhamdulilLah, kita di sini masih diberi peluang
Untuk menikmati makanan yang sedap-sedap
Sedangkan, mereka di sana diuji dengan kekurangan bekalan makanan
Ujian untuk mereka
Semoga mereka tabah!

Berbalik cerita tentang makan tengahari saya tadi
Just nak share satu resepi ni
Resepi mudah je
Tapi memang sedap
Alah, resepi sambal kacang je
Yang biasanya kita gandingkan bersama ulam pucuk ubi
(Antara menu makan tengahari saya tadi)

Hari ni mood untuk masuk ke dapur datang lagi
Tapi, just buat sambal kacang ni je
Yang lain-lain tu mak sayalah yang masak
Saya ni manalah pandai masak, pandai makan je, hehehe...

Ok, jom kita check resepinya :

Bawang besar (digoreng)
Bawang putih (digoreng)
Cili padi (digoreng)
Kacang tanah (digoreng)
Belacan (digoreng)
Limau nipis (diambil jusnya)
Sedikit gula
Sedikit air masak

Cara-cara membuatnya :

Tumbuk lumat semua bahan yang telah digoreng tu
Untuk kacang tanah tu tumbuklah ikut kesukaan masing-masing
(Kalau saya tumbuk kasar-kasar jer)
Then, masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tu ke dalam bekas
Perahkan limau nipis
(Ikutlah nak rasa masam banyak mana)
Tambahkan air masak untuk membancuh bahan-bahan tersebut
Dan juga sedikit gula
(Ikut rasa tekak masing-masing)
Lastly, bancuh semua bahan tu hingga sebati
Dan siap untuk dihidang, hehehe...

6 ulasan

Sham berkata...

salam kenal...

wah ada bakat ek...

CikguAreefNaim berkata...

w'salam,

salam perkenalan kembali...

takde bakat pun, bakat tukang makan adalah, hehehe...

NzA berkata...

bila tgk makanan, hati jd sedih n sayu.....
Moga Allah sntiasa lindungi mrk.....

alhamdulillah, bertuah mak dpt anak mcm areef nie....pndai masak rupanya...areef org jawa ke???? biasanya org lelaki jawa pndai masak.

IMANSHAH berkata...

kenapa aku tak reti buat semua ni?/huhu

CikguAreefNaim berkata...

to kak nza...

jgn bersedih kak, kuatkan semangat!
ye, moga allah selamatkan mrk, amiin...

sy pandai masak? tu hanya kisah dongeng je kak, hehehe... sesekali tu teringin nak masak, yg mudah2 je... then, tak tahu nak kata sedap ke tak, hehehe...

sy bkn org jawa kak, tp dulu arwah sy mmg pandai masak, sy tak pandai kak... cuma dulu je, masak masak duk rmh bujang...

CikguAreefNaim berkata...

cikgu iman,

saje je nak merendah diri tu... cikgu iman pun boleh, alah masak yg mudah2 jer... kalau masak gulai ke, sy pun tk pandai, hehehe...

sambal ni boleh nak digandingkan dgn ulam2man lain. tp cikgu iman kan orang kelate kan... org kelate susah cicah budu kan ulam-ulam ni...

Dikuasakan oleh Blogger.