Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku)

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Selamat berhujung minggu

AlhamdulilLah, pagi tadi
Saya dapat menghadirkan diri
Ke Sambutan MaulidurRasul S.A.W.
Peringkat Kg. Felda Sg. Sayong
Bagi tahun 1432H

Seperti biasa Majlis dimulakan dengan
Perarakan MaulidurRasul S.A.W. dan diserikan
Dengan bacaan rawi, marhaban, persembahan nasyid
Dan ceramah sempena Sambutan MaulidurRasul S.A.W.






Dalam ceramah yang disampaikan itu
Ada menceritakan betapa
RasululLah S.A.W. menganggap rumahnya
Sebagai "baiti jannati" (rumahku syurgaku)

Walaupun hidup dalam serba kekurangan
Di mana sebagaimana yang diceritakan
RasululLah S.A.W. tidur hanya beralaskan papan dan pelepah tamar
Namun, kerana rumah yang dihuni 
Sentiasa dihiasi dengan iman dan kasih sayang
Justeru, Baginda sentiasa menganggap rumahnya sebagai syurga

Bagaimana pula dengan kita?

4 ulasan

Unknown berkata...

selamat malam cikgu...

alhamdullilah...apa yang peting setiap rumah diterapkan dengan amalan membaca al quran dan zikir2...

sekarang nie kak ayu sedang belajar sedikit buku motivasi keagamaan...
semoga banyak lagi ilmu yang kak ayu boleh tambah dan baiki


PS: cikgu ada masa sambutan maulod pagi tadi>>>>??????
hah?,,,,awat kak ayu tak perasan.....kalau tak boleh lah ambil gambar bersama2

CikguAreefNaim berkata...

to kak ayu,

selamat mlm kembali kak...

betul tu kak, barulah rmh yg kita diami akan ber'cahaya'...

alhamdulillah, baguslah klu akak ada kesungguhan n keazaman utk menambah ilmu di dada, lbh2 lg ilmu agama...

akak tak perasan sy ek? sy dah kurus ke kak? hehehe... sy nampak akak, punyalah khusyuk dgr ceramah tu, hehehe...

Unknown berkata...

khusyuk?...hehehe.

hilang gak cari Umai, dan kembali kerumah lihat keadaan en zalie...
sbb tu masa ketua kempung bagi sedikit kata2 aluan kak ayu pecut balik rumah...hehehe

CikguAreefNaim berkata...

to kak ayu,

ooo patutla, tgk mula ada je khusyuk dok bwh khemah tu, pastuh dh tkde, igt dok berebut amik air ngan bdk2, hehehe...

Dikuasakan oleh Blogger.