Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Selamat malam semua
Dah bersiap-siap untuk kembali bekerja pada esok hari?
Opss, ada yang dah mula bercuti panjang mulai esok yer?
Esok dan Selasa saya masih bekerja lagi
Hari Rabu baru mula bercuti
Orang lain yang beraya, kita pulak yang sibuk bercuti yer, hehehe...
Kepada yang merancang untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung tu
Saya doakan agar anda semua selamat di dalam perjalanan
Dan moga dipermudahkan segala urusan, amiin...
Nampaknya hujan masih turun tak berhenti-henti
So, hujan-hujan ni biasanya perut asyik berdondang sayang je, hehehe...
Sebenarnya perut sayalah tu, hahaha...
So, petang tadi takde aktiviti nak buat
Saya apa lagi terus masuk ke dapur
Nak mencuba satu resepi ini
(Perhatian : Jangan ingat saya rajin memasak yer
Tetiba je petang tadi datang idea nak memasak tu, toinkkk!
Hehehe)
Alah bukan masak apa pun
Just buat jemput-jemput je
Resepi tu saya ambil dari blog Kak Hana Jepun
Kalau ikut Kak Hana nama resepi ni
Jemput-jemput udang geragau
Tapi saya sudah tukar itu nama
Jadi jemput-jemput harimau lapar hari menangis
Hehehe...
Ok, bahan-bahannya ialah :
1 1/2 Cawan tepung gandum
(saya tak sukat pun, main tuang je)
1 Cawan nasi + 1 cawan air - blend
(pun tak sukat, then nasi tu pun tak blend dengan air)
Segenggam setengah udang geragau - basuh dan toskan
(saya guna yang dalam peket kecil tu)
Setengah genggam ikan bilis - optional nak bubuh or tak sebab dah ada udang
(tak genggam pun; ambil, basuh and terus campak dalam bekas, hehehe)
1/2 Biji bawang besar kuning - hiris
(saya guna bawang merah)
Daun bawang @ daun kucai
(saya letak taugeh)
1 biji kentang - potong dadu kecil
(Ntah apa style saya potong, ikut suka je)
Cili merah - cincang
(saya guna cili merah campur cili hijau, potong halus je)
Sedikit air untuk bancuhan
(saya guna air panas)
Garam
(ni yang lemah ni, tak pandai nak agak banyak mana garam yang diperlukan)
Then, saya tambah :
Daging yang disiat-siat
Ayam yang disiat-siat
Mayonis
(daging dan ayam tu baki lauk tengahari tadi
Adalah baki seketul ayam dan 2 hirisan daging)
So, hasilnya
Taraaa...
Hasilnya not badlah
Tapi yang tak oknya tu
Tergaring and termasin sikit, hehehe...
Kira lulus tak ni?
Lepas tak untuk tapisan calon menantu ni?
Hahaha...
Leave a Comment