Tercatat Sebuah Sejarah...
7 Mei 2012, Isnin. Tercatat sebuah sejarah di dalam diari kehidupan saya. Menerima folder Sarjana di Majlis Konvokesyen Ke-48 Universiti Teknologi Malaysia (UTM). AlhamdulilLah, saya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) setelah 2 tahun berhempas-pulas menghabiskan pengajian. Bekerja sambil belajar. Sudah tentu ia agak sukar untuk dilakukan. Justeru, rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nusrah (pertolongan) yang telah dikurniakan oleh-Nya.
Perjalanan dimulakan seawal petang 6 Mei 2012, Ahad. Punyalah excited kan? Hehehe... Memang sangat excited :) Menetap di Fragrance Hotel, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bharu. Sambil-sambil tu sempat menyinggah ke beberapa pasaraya untuk mencari blazer baru. Tapi, memang takde rezeki. Penat ke sana-sini, tapi tak dapat pun. Sebenarnya, dah pinjam daripada seorang rakan saya, tapi rasa cam sempit je. Tu yang nak cari yang baru. Tapi, amazingly ok je sebenarnya. Sebab masa konvo tu siap boleh duduk tanpa buka butang blazer tu pun. Steady je, hahaha...
Pagi 7 Mei 2012, Isnin tu, seawal jam 6.45 pagi dah check out daripada hotel. Terus ke UTM. Then, terus ke bahagian pendaftaran. Masa tu hujan lebat. AlhamdulilLah, sempat sampai sebelum hujan. Then, tapau makanan sikit untuk my family, terus gi bersiap dan bersedia untuk perarakan masuk graduan ke dalam dewan.
Sedang beratur untuk perarakan masuk graduan ke dalam dewan. Kena ada pass tu untuk tujuan pengumuman nama dan lain-lain urusan yang berkaitan. Sorilah, gambar pelik sikit, hehehe... Masa ni, asyik dok betulkan pakaian je. Almaklumlah, orang nak naik pentas kan, hehehe...
Bersama 2 orang sahabat baik saya, Hanim dan Timah. Hanim dok pakai pingat tu sebab dia dapat award best student untuk our department. Kiteorang pakat tengok jelah, almaklumlah taklah berapa cemerlang sangat kan :) Ada lagi kawan baik saya yang sama-sama konvo masa ni; Lai, Pey Shan dan Che' Da. Diorang ada dalam video kat bawah nanti ni...
Pentas penuh bersejarah. Untuk sesi pagi ni, folder telah disampaikan oleh YAM Raja Zarith Sofea bt Almarhun Sultan Idirs. Erm, tapi banyak momen menarik tidak dapat dirakamkan sebab saya tak bawa kamera. Memang ada dinyatakan larangan untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Tapi, saya tengok ramai je yang bawa masuk. tapi, takdelah gi ambik gambar kat depan-depan pentas tu, hehehe...
Seusai turun daripada pentas. AlhamdulilLah, dengan folder digenggaman. Tapi, kosong je dalamnya tu, hehehe...
AlhamdulilLah, syukur atas nikmat kurniaan-Mu. Hadzaa min fadhli rabbi. Dalam video ni ada rakan-rakan baik saya; Hanim, Timah, Che' Da, Lai dan Pey Shan. Yang last ada sebut "wooo" tu suara sahabat saya si Lai tu. Dia tu ala-ala macam penglipurlara sikitlah, hehehe...
Bergambar bersama emak dan adik saya. Ada sorang lagi adik saya. Tapi, sejak dah besar ni dia dah tak nak sangat ambik gambar. Bukan besar mana pun, baru form 1, hehehe... Nasib, masa ambik gambar studio dia nak bergambar sekali...
Bersama rakan-rakan sepengajian. Tahniah buat semua :) Semoga kalian terus berjaya pada masa-masa yang akan datang, aamiin...
Post-photography yang tak berjaya dilaksanakan. Hujan, huhuhu... Terus pi pulang jubah, hehehe...
Leave a Comment