Aduh, Banyaknya Darah!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Erm, lenguh plak tangan ni nak menaip. Actually, pagi tadi kali pertama dalam seumur hidup saya pi derma darah. Program derma darah ni diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kulaijaya bertempat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya. Saya pi bertiga bersama rakan sekerja saya. Pi satu kereta je. Tapi, risau gak takut-takut takde yang boleh drive pulak masa nak balik nanti. Tapi, alhamdulilLah, semuanya baik-baik saje :)


Sampai-sampai je kena isi form dulu. Isi butiran diri dan lain-lain maklumat yang diperlukan. Then, dapat souvenir berupa beg yang berisi roti dan air kotak. Lepas tu tunggu giliran untuk memeriksa jenis dan kepekatan darah. Selama ni saya ingat saya berdarah jenis B sebab masa kat sekolah dulu cikgu Biologi kat sekolah saya tu yang check darah saya jenis B. Rupanya saya berdarah jenis A+. Lepas tu tunggu giliran untuk memeriksa berat badan dan tekanan darah pulak. AlhamdulilLah, lepas :) Then, tunggu giliran untuk dapatkan sijil derma darah. Nurse/ doktor (saya pun tak pasti, sebab dia pakai baju biasa) tu bolehlah pulak tanya saya bila nak kawin, hehehe... Erm, masa ni seriau gak... Yelah, first timerlah katakan, hehehe...


Hah ni dah sampai giliran saya untuk derma darah. Boleh senyum-senyum lagi tu, hehehe... Dorang kat situ semua kecoh je buat lawak macam-macam. Seronok pulak. Sebelah saya tu pegawai daripada PPD Kulaijaya.


Dah bersiap sedia dengan alatan untuk menderma darah. Tapi, masalahnya nurse tak jumpa pulak urat untuk suntik jarum tu. Almaklumlah, lemak terlebih kan, hehehe... Tapi, nurse yang entertain saya ni berjaya gak cari urat tu, sebab nurse sorang lagi yang tak jumpa urat tu kata, nurse ni memang pakar sikit, sebab biasa uruskan suntikan untuk pesakit buah pinggang.


Dah berjaya. Maintain senyum tau... Peace!!! Hehehe... Mula-mula tu suntik pakai jarum halus, lepas tu pakai jarum yang besar pulak untuk sedut darah tu. Sakit gak masa kena suntik tu. Nasib tak menjerit, hehehe... AlhamdulilLah, 450ml darah telah berjaya didermakan. Harap-harap akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.


Senyum je saya kan. Ni nak membuktikan pada anda semua, derma darah ni tak sakit pun. Sakit sikit je. So, saya menyeru kepada anda semua, jom derma darah! Kiteorang kat situ memang riuh sekampung. Boleh pulak borak-borak and buat lawak. Then, masing-masing sibuk nak snap gambar, hehehe... AlhamdulilLah, selesai derma darah tu saya ok-ok je. Sebab ada gak yang pitam. And ada gak yang tak berjaya derma darah sebab tak jumpa urat or mengalami penyakit-penyakit tertentu yang tidak membenarkan untuk menderma darah. So anda-anda semua bila lagi? 

4 ulasan

Unknown berkata...

adikku,
macamana ttg darah tu, sebelum nie lain, skrang A+?

tapi,eloklah.. sekurangnya dh tahu jenis darah y sebenar..

dan..
tahniah sbb derma darah, lepas nie pasti setiap 2 tahun sekali kamu akan suka derma darah.. percayalah.. rasa sihat jer...kann

CikguAreefNaim berkata...

@Citarasa Rinduan

kak, ntah dulu cikgu biologi kat sekolah sy yg check jenis B. ni sy check kat ms nak derma darah ni jenis A+ pulak...

tp, takut gak sblm derma tu... n sakit sikitlah masa kena cucuk jarum tu, hehehe...

akuzle ayu berkata...

Org kata lepas derma darah, bdn kita akn rasa segar. Btui ka, ustaz? Lepas derma tuh jgn p bwk keta teruih, tuh yg pitam. Mkn n minumlah apa yg diberi tuh. Err.. Sy neh mcm dh mengalami plaks..hehe

CikguAreefNaim berkata...

@akuzle ayu

erm, ntahla sy rasa biasa je... cuma tgn rasa lenguh sikitlah... erm, alhamdulillah sy leh drive n tak pitam... cuma ms tu ada sorang indian lady ni die pitam lepas derma darah... erm, mehla derma drh gak... sy mula2 takut gak, hehehe...

Dikuasakan oleh Blogger.