Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera...
Erm, hari tu saya dah cerita tentang perjalanan hari pertama daripada Johor ke Marang sempena menghadiri walimah seorang sahabat saya di Kg. Rusila, Marang, Terengganu. Satu malam je di sana. 6hb Februari tu dah bertolak balik ke Johor. Aktiviti hari tu dimulakan seawal selepas Subuh... Just keluar bilik, dok jalan-jalan sekitar resort tempat saya menginap tu. Saje nak menikmati suasana pagi di Marang ni. Entrinya boleh klik di sini.
Then, dalam jam 8.00 pagi tu dah siap untuk check-out. Cadangnya nak gi breakfast di Restoren Lempeng; restoren yang agak popular dengan hidangan lempeng kelapa muda dan air nira. Lokasinya tak jauh dari Masjid Rusila, tapi perlu u-turn untuk ke restoren ni. Tapi, sayangnya restoren tu belum buka lagi, baru bersiap-siap nak buka. Restoren ni buka sampai malam. So, waktu operasinya bermula agak lewat sedikit kot.
So, terus je drive sampai bandar Marang. Then, nampak satu warung ni terus je berhenti. Tapi, tak sure lokasinya di mana. Somewhere after bandar Marang and before Pantai Kelulut. Erm, pilihan yang tak mengecewakan. Banyak gak pilihan makanan kat sini; ada nasi minyak, nasi kerabu, nasi dagang, mee goreng, nasi goreng, kuih-muih dan sebagainya lagi. Saya pilih nasi dagang tapi makan ngan ayam bakar sebab saya sebenarnya tak berapa suka gulai ikan aya aka ikan tongkol tu. Then, rupanya kat sini pun ada dihidangkan lempeng kelapa muda tu. Kelapa muda tu bukan diparut ye, tapi disagat dan ditaburkan di atas lempeng tu sebelum ia dilenser. Dicicah dengan kuah kari. Sedap gak kuahnya tu. Yummy :)
Lepas breakfast, kembali meneruskan perjalanan. Tapi, perjalanan agak kurang lancar sikitlah. Bukan sebab apa. Kejap berhenti beli jagung. Pastuh nampak orang jual lemang berhenti lagi. Pastuh berhenti di Cherating untuk beli keropok lekor. Jalan depan sikit, nampak orang jual satar pulak. Berhenti lagi, hehehe... Gerai jual akok je tak sempat berhenti, huhuhu... Favorite gak akok ni...
Erm, terlupa pulak... Ada gak berhenti jap di Pantai Kemasik, Kemaman. Pantai ni cantik dan bersih. Tapi, masa sampai tu panas sangat. So, berhenti kejap je, huhuhu...
Then sampai bandar Pekan, berhenti jap untuk isi minyak. Cadangnya, nak lunch kat gerai tepi Sungai Pahang kat bandar Pekan tu. Tapi, banyak tak buka pulak. Erm, nak cari tempat makan untuk lunch ni pun satu hal. Banyak oranglah, tempat macam tak bestlah, terlepaslah, hehehe... Last-last, berhenti kat Hutan Lipur Menchali, Rompin. Masa on the way nak pegi tu, dah berhenti kat sini untuk breakfast. Rupa-rupanya, susah sangat nak berhenti sebab nak dapat makan udang galah kat sini. Memang wallah... Rasa dan harganya, hehehe... Tapi, memang dah bertahun gak tak makan udang galah ni...
Lepas lunch, teruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lagi, hehehe... Berhenti jap untuk solat and jalan lagi. Sampai bandar Kota Tinggi, berhenti lagi untuk isi minyak and singgah kedai jap sebab adik saya nak beli track suit. AlhamdulilLah, sampai rumah dalam jam 6.30 petang. Perjalanan balik ni mengambil masa 10 jam. Yelah, banyak benor berhentinya, hehehe... Tapi, memang perjalanan yang menyeronokkan :) AlhamdulilLah, dipermudahkan...
Leave a Comment