Fikir Sebelum Buat!


Pagi Khamis lalu saya menerima sms daripada seorang sahabat
Smsnya berbunyi begini :

TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM - HJ. HALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

(Sms ini disalin semula tanpa sebarang pengubahsuaian
Termasuklah ejaan dan tanda bacanya)

Kalau anda dapat sms ni, rasa nak sebarkan tak?
Boleh jer..
Dengan syarat anda pasti bahawa kandungannya memang sahih
Bukan fitnah, dan bukan rekayasa semata-mata
Sebab, dosa fitnah tu lebih besar daripada dosa membunuh tau!
Keburukannya bukan hanya sedikit
Ramai yang akan terlibat sama...

So, boleh tak nak sebarkan sms kat atas ni?
Baca di sini dan di sini dahulu
Kemudian anda buatlah keputusan sendiri
Sama ada mahu menyebarkannya atau tidak yer...

4 ulasan

Ummiross berkata...

Assalamualaikum Arief;
Hmm ummi setuju sangat tu Arief, info yang salah boleh 'membunuh'

CikguAreefNaim berkata...

to ummiross,

w'salam... tulah org skrg mudah nak menyebarkan jika berkaitan dgn islam...

ms sy dpt sms ni adalah rakan lain gak yg dpt... then, dia adalah tunjuk kat rakan2 lain... sy ada menegur ttg kesahihan sms tu... dia kate tk penting, yg penting dia dh menyebarkan sms tu tuk kepentingan umat islam... menyebarkan fitnah utk kepentingan umat islam?

NzA berkata...

sbb tu kita kena siasa dulu sblm brtindak....ttp akak pn trkdg dh jadi serba salah nk mkn mknan..jap boleh, jap ko...hu.hu.hu...

CikguAreefNaim berkata...

to kak nza,

tu yg penting kita kena ikut pemerintah (jakim)... jgn dgr kabar2 angin... tp klu kita dah was2, baik kita tinggalkan, sbb ia syubhah...

Dikuasakan oleh Blogger.