Vacation to Pulau Tioman

Pada 29-31 Mei yang lalu, saya telah bercuti ke Pulau Tioman bersama mak dan adik saya yang bongsu. 29hb tu sebenarnya sekolah lagi. Tapi bercuti punya pasal terpaksalah ambik CRK. Buat masa ni dah 3 kali saya ambik CRK. Adik saya tu lak, CRK pebendanya, ponteng sekolah la, he3. Sebenarnya percutian ke Pulau Tioman ni ditaja oleh Canon Marketing Sdn. Bhd. dan Yessupport Sdn. Bhd., atas pembelian VideoCamera Canon FS100. Free... takkan nak lepaskan peluang kan?
lk
Setiap pembelian, akan mendapat 2 tiket feri pergi balik (Mersing-Tioman-Mersing) termasuk makan dan penginapan. Kiteorang pergi by group, adalah dalam 24++ orang (customer+family member+organizer).

29hb tu kiteorang berkumpul di Jeti Mersing untuk menaiki feri. Ni la 1st time saya naik feri. Mabuk gak dibuatnya. He3. Berpeluh satu badan, peluh sejuk. Last2 tu dah tak boleh tahan, sampai termuntah. Nasib baik ada prepare plastik. Lepas muntah tu, terus terasa lega dan peluh tu terus hilang. Ajaib kan? He3.

Hari pertama tu aktiviti bebas. So, saya ngan mak dan adik just jalan2, menikmati keindahan di sekitar Pulau Tioman tu, lebih tepat lagi Pulau Tioman @ Kg. Genting. Hari kedua lak, pagi tu ada presentation tentang penggunaan VideoCamera Canon FS100 tu. Then, petangnya kiteorang di bawa menaiki speedboat untuk menikmati keindahan Pulau Tioman di sekitar Tekek, Pusat Taman Laut dan sebagainya lagi (tak ingat sangat nama2 tempat tu).
lk

Aktiviti ini sebenarnya memberi peluang kepada semua pemilik VideoCamera Canon FS100 untuk merakamkan gambar keindahan alam di sekitar Pulau Tioman untuk merebut hadiah utama Pertandingan Merakam Gambar @ Pulau Tioman. Hadiah utamanya ialah Canon Selphy CP740 Compact Photo Printer yang nilainya lebih kurang RM 500++. Semua peserta juga akan mendapat cenderahati berupa tuala daripada Canon.
lk

Bagi saya pemandangan di Pulau Tioman tu kire okla. Pemandangan cantik2 gak la. Airnya jernih dan bersih. Aktiviti utama kiteorang kat sana just makan2, jalan2, mandi manda, dan paling utama berlagak seperti professional photographer ngan VideoCamera masing-masing. He3. Bile lagi nak tunjuk skill kan? Then, tentang harga barang2, lebih baik beli di Jeti Mersing; lebih murah, pelbagai dan nampak baru.




Then, malam terakhir tu ada aktiviti BBQ dan penyampaian hadiah Pertandingan Merakam Gambar @ Pulau Tioman. Nak tau sape yang menang? Jeng jeng jeng. Alhamdulillah, maybe dah rezeki saya. Sayalah pemenangnya. He3. Kira bangga gakla. Yela 1st time, boleh menang. He3. Kat bawah ni gambar yang saya rakamkan, kat satu pulau kecil di Pulau Tioman tu (gambar pulau tu kat atas ni). Tak tau nama tempatnya. Rasa berbaloi sangat join trip ni, dahla free, menang hadiah yang nilainya RM500++ lagi. He3. Hepi sangat. Mak saya pun melahirkan kegembiran ngan percutian ni. Puas ati sangat.


Hari last tu, just breakfast, then jalan2 dan bermandi manda, sebelum bersiap untuk bertolak kembali ke Jeti Mersing. Alhamdulillah, perjalanan balik ni saya dah tak mabuk dah. Sampai2 kat Jeti Mersing, cepat2 pegi tengok keta, sebab saya just parking di tempat terbuka yang takde security protection. Alhamdulillah, selamat. Sebelum balik ke rumah lunch dan beli souvenior yang harganya lebih murah dan cantik2 berbanding di Pulau Tioman. Ada satu group nak pegi Pulau Tioman tu, terus beli souvenior kat situ bila saya cakap barang kat Pulau Tioman lebih mahal.
.
lk
Tq Canon dan Yessupport. Lain kali leh organize trip ke tempat lain lak yer. Terus terang saya sangat puas ati ngan trip ni dan puas ati ngan layanan organizer yang peramah dan happy go lucky tu...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.