Salam Ukhwah FilLah



Assalamu `alaikum buat semua yang mengunjungi Elhaamy... Moga ada Rahmat dan Berkat buat kita semua...

Alhamdulilah, rasa bersyukur sangat dapat meng'update' blog kesayangan saya ni. Setelah hampir sebulan rumah saya dimasuki perompak dan laptop serta modem internet saya telah turut dilarikan, dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, saya telah memiliki laptop dan modem internet yang baru. Barulah semangat nak 'update' Elhaamy ni. Kalau kat sekolah ataupun di cc, takde mood nak 'update', just ziarah blog orang lain jer (sebenarnya kalau guna internet kat rumah pun, bukan rajin sangat nak 'update', he3...)

"Saya rasa gembira, bila orang lain gembira". Inilah ungkapan saya, apabila mereka yang mengunjungi Elhaamy, mengucapkan terima kasih kerana memperoleh sesuatu daripada Elhaamy, tentunya yang paling utama teks emcee la. Saya bukanlah seorang emcee yang baik, tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi teks emcee yang saya gunakan dengan orang lain. Kerana pengalaman saya sendiri sebelum ini, terlalu sukar untuk mendapatkan contoh teks emcee samada di buku mahupun di internet. Kebanyakannya lebih membincangkan tentang protokol dan teknik-teknik penulisan. Orang sekarang ni lebih suka kepada sesuatu yang berbentuk praktikal dan realiti daripada teori dan fantasi. Betul tak?

Saya tau blog saya ni takla sehebat blog-blog yang lain, dan takla selalu dikunjungi. Tetapi paling kurang, saya pasti ianya turut memberikan manfaat buat semua walaupun hanya sedikit. Kan, kan, kan? He3. In sya Allah, selagi Elhaamy terus bernadi di alam maya ini, saya akan cuba berusaha untuk memberikan 'sesuatu' buat anda semua...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.