Doa Untuk Program-Program PPSR



YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM

KAMI MENADAH TANGAN MENZAHIRKAN RASA KESYUKURAN ATAS IRADATMU YANG TELAH MENGIZINKAN KAMI UNTUK BERHIMPUN DALAM PROGRAM “GELOMBANG GEMILANG DAN AKU JANJI PPSR 2018”.


YA AZIZ, YA JABBAR, YA MUTAKABBIR

KAU RAHMATI DAN BERKATILAH PROGRAM PADA HARI INI. MOGA PROGRAM INI DAPAT MENCAPAI OBJEKTIF SEBAGAIMANA DIHARAPKAN.


YA FATTAH, YA ‘AALIIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya anak-anak kami akan menduduki Peperiksaan UPSR Tahun 2018. Justeru itu, kami memohon dan merayu kepadaMu agar Engkau terus melimpahkan kepada mereka dengan cahaya kefahaman, mengurniakan kepada mereka dengan kesihatan, kesungguhan dan keazaman untuk terus berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh, dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu DAN DIBERIKAN PELUANG UNTUK MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF DALAM AKTIVITI KO-AKADEMIK DAN KOKURIKULUM.


Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada mereka kemudahan semasa menghadapi peperiksaan nanti. juga Kurniakanlah kepada mereka kefahaman untuk menjawab segala soalan yang diberikan dengan baik dan kuatkanlah ingatan terhadap segala ilmu yang telah disampaikan oleh guru-guru mereka. anugerahkanlah kepada mereka kejayaan yang cemerlang dengan mendapat 6A, lulus semua matapelajaran DAN MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM KOMPONEN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH YANG LAIN.


ya allah, ya karim

panjangkanlah umur kami, sihatkanlah tubuh badan kami, terangilah hati kami, perbaikilah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhilah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami; baik hajat agama, dunia dan akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هٰذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَا مَعَنَا وَلَا مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلَا مَطْرُوْدًا وَلَا مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِى الْأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللّٰهِ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
آمِين، آمِين، ياَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.