Kem Spirit of Togetherness dan Santai Akademik

Pada 4-6 Mei 2014 yang lalu, saya telah menyertai Kem Spirit of Togetherness dan Santai Akademik anjuran Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Fakulti Pendidikan, UTM. Seramai 30 orang pelajar pascasiswazah telah menyertai Kem ini.

Pelbagai aktiviti telah dilalui seperti water confidence, memukat ikan, pembentangan kumpulan (how to survive your proposal), mendaki gunung, sukaneka, persembahan kumpulan (pentomen tentang viva session), mengikuti sesi mendidik jiwa melalui tazkirah selepas solat dan sesi forum oleh barisan pensyarah yang sangat sempoi tetapi tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.

Yang paling mengujakan tentunya aktiviti mendaki Gunung Arong yg berketinggian 274m dari aras laut. Memang semput dibuatnya hihihi... Namun, AlhamdulilLah saya berjaya menghabiskan aktiviti walaupun diuji dengan keadaan kasut yang lekang tapaknya sedari awal pendakian, hihihi... Satu sesi perkongsian ketika berada di puncak gunung telah disampaikan oleh Mantan Dekan dan sesi perkongsian di akhir pendakian oleh Ketua Jabatan.

Dan tak sangka pulak kumpulan saya telah mendapat tempat ke-2 daripada 3 aktiviti berkumpulan yang telah dinilai. AlhamdulilLah :)

Ukhwah yang tercipta sesungguhnya sangat indah. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh sesungguhnya sangat berharga. Peluang menyertai Kem ini sesungguhnya sangat sukar untuk dilepaskan. Moga, semuanya menjadi nilai tambah di dalam perjalanan menuju kejayaan. Aamiin...










3 ulasan

kak ina kl berkata...

Salam Ramadhan dari akak sekeluarga.
Seronok dapat menghayati alam semesta ciptaan Allah s.w.t.

CikguAreefNaim berkata...

tq kak ina,

alhamdulillah, mmg seronok sgt... rasa berbaloi bepenat-penat nak mendaki tu hihihi...

aDisH.sHidA berkata...

seumur hidup saya xpernah mendaki gunung...naik gunung jerai pun dgn motor n keta...

cantik je kan dari puncak nya

Dikuasakan oleh Blogger.