Qadha' dan Qadar-Nya
Perkongsian status saya di akaun Facebook :
"Kereta pertama sy dulu melanggar babi di subuh hari dlm perjlnn hdk ke sekolah; nak hantar murid pergi pertandingan. Dapat elak sekor kuor lg sekor tak dpt nak elak langsung. Pecah bumper depan! Masa tu baru 4 bln beli kereta.
Kereta kedua sy (pakai hingga skrg) juga melanggar babi dlm perjlnn hdk ke sekolah; nak latih bdk kalam jama'i. Masa tu baru 6 bln beli kereta. Kereta mati di tgh jln. Mmg teruk! 2 bln masuk bengkel. Masa tu lg seminggu nak sambut Aidilfitri. Bayangkan! Huhuhu... Sy terpaksa berhabis duit menyewa kereta utk menyambut Aidilfitri dan akhirnya membeli kereta Viva (yg paling murah - skrg abg sy sambung byr) utk kegunaan ke sekolah. Dan kereta yg sy guna skrg ni sblm ni juga hampir 3 kali melanggar babi dan sekali tu babi yg kuor dgn anak-anaknya sekali.
Dan yg terbaru baru skjp ni dlm perjalanan balik dari kedai bersama emak sy. Hampir melanggar babi hitam yg besar. Habis telur yg emak sy beli pecah terhumban dari kerusi blkg kerana sy brek kereta secara mengejut. Kesian mak sy!
Semoga akan sentiasa redha dan tabah dengan setiap ketentuan-Nya. In syaa Allah, aamiin...Sy hrp semua ni adalah kaffarah dan teguran drpd Allah atas segala dosa2 yg sy tlh sy lakukan. Tapi, sbg manusia biasa kdg2 sy trauma knp bbrp kali hal ini berlaku dan hampir berlaku. Bersangka baik kpd Allah dan org sekeliling itu jln terbaik. La haula wa la quwwata illa bilLah - tiada daya dan tiada upaya kecuali dgn pertolongan-Nya jua. Sesungguhnya sy hamba yg lemah. Sy mohon maaf atas segala khilaf dan khata'.
Pengalaman kali ke-2 melanggar babi huhuhu...
Leave a Comment