Makan Di Warung Saga
Warung Saga. Warung ni terletak di Jalan Mahmoodiah, Johor Bharu. Di Jalan Mahmoodiah ni jugalah terletaknya Makam Diraja Mahmoodiah dan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah. Dahulu saya pernah tinggal di Jalan Mahmoodiah ni. Rumah yang saya tinggal tu betul-betul berhadapan dengan Makam Diraja ni. Masa tu, saya menjalani praktikal Skim Latihan Graduan di Majlis Agama Islam Johor. Ada gak dok lalu kat area tanah perkuburan tu. Kadang tu pada waktu pagi untuk pegi praktikal (jalan shortcut) or kadang tu saja jalan-jalan amik angin waktu petang ngan kawan serumah. Takde tempat lain ke nak amik angin, hehehe...
Ok, berbalik kepada Warung Saga tadi. Actually, Warung ini antara tempat makan yang agak popular di Bandaraya Johor Bharu. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat daripada jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahmalam. Kalau pagi tu, warung ni biasanya menghidangkan menu sarapan pagilah kan. Tapi, saya tak pernah lagi breakfast kat sini. Selepas waktu sarapan pagi, warung ni menawarkan masakan berasaskan nasi ayam seperti nasi ayam sambal, nasi goreng ayam sambal, kuetiau goreng dan sebagainya lagi. Menunya tak banyak sangat... Kira specialitylah. And yang menariknya interior warung ni banyak memaparkan gambar-gambar lama yang penuh bersejarah dan nostalgik.
Warung ni jugak popular dengan tahu gorengnya. Tahu yang digoreng panas-panas dan ditaburkan diatasnya dengan timun, taugeh dan kacang tumbuk dan di makan bersama sambal kicap. Memang terangkatlah, hehehe...
Hah, kat bawah ni gambar nasi ayam sambal. Bagi saya biasa-biasa je. Maybe bagi saya biasa-biasa je, sebab saya pernah makan nasi ayam yang lebih sedap di Bandaraya Johor Bharu ni.
Kat bawah ni pulak gambar sate ayam dan daging. Secucuk RM0.60. Sate ni memang kena dengan tekak saya. Isinya agak besar, lembut dan garing.
Erm, kalau sesape yang bertandang ke Bandaraya Johor Bharu tu, jemputlah makan di Warung Saga ni ye. Menunya memanglah tak banyak sangat. Tapi, kalau nak makan tahu goreng, di sinilah tempatnya. Kalau tempat lain, saya tak pasti kat mana ada. Kalau tahu bakar tu, banyak tempatlah ada kan...
Leave a Comment