AlhamdulilLah Selamat Pergi dan Kembali

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Arju lakum bissihah (saya harap anda semuanya sihat). In sya Allah... Actually, saya baru jer pulang bercuti... Cuti-cuti Malaysia ke Negeri-Negeri belah Utagha :) Pegi sorang jer ke? Dok aih... Satu rombongan Cik Kiah dok pi sama, hehehe... Actually, percutian ni dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan di sekolah saya. Anjuran jer yer, tapi fulusnya sendiri tanggunglah, hehehe... Dok bawa family pi sama, almaklumlah kami memang belum pernah jejak Negeri-Negeri belah Utagha ni...

Perjalanan kami bermula pada hari Ahad/ 27 Mei 2012. Berkumpul di sekolah seawal jam 2.00 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Parit Bengkok, Batu Pahat bagi menghadiri majlis walimah sahabat sekerja kami. Dua-dua sama bertugas di sekolah kami ni. Selesai menghadiri majlis ni, terus menuju ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Pulau Mahsuri; Langkawi. Lebih 12 jam gak nak sampai tu. Puas tidur dalam bas, hehehe... Berada di Pulau Langkawi selama 2 malam sebelum perjalanan diteruskan ke Padang Besar, Perlis+Jitra, Kedah+Pulau Pinang. AlhamdulilLah, selamat tiba kembali ke sekolah pada jam 10.00 pagi Khamis/31 Mei 2012.

AlhamdulilLah, 5 hari perjalanan yang cukup indah. Memang puas sangat... Puas jalan-jalan, puas tidur dalam bas dan yang paling penting puas melontar fulus, hehehe... Seronok pi jalan ramai-ramai ni. Ibarat sebuah keluarga besar. Boss kami bersama isterinya pun join sama. Walaupun ada beberapa tempat yang tidak sempat untuk kami lawati, tapi AlhamdulilLah memang tak rasa ralat langsung dok join lawatan ni. La ni kemas pun dah, then dok agih-agihkan apa yang patut dan dok mengira baki-baki fulus yang masih bersisa, hehehe... Lepas ni, kami plan nak gi bercuti ke Negeri Di bawah Bayu pula... Erm, harap-harap ianya akan terlaksana, amiin... Erm, story pasal percutian ni, nanti-nantilah saya update yer. Tunggu :)

Saya di puncak Gunung Mat Chincang, Pulau Langkawi

9 ulasan

CikguAreefNaim berkata...

@Kump. Abang2 Keluar UMNO

undi adalah rahsia :) tp jgn risau pasti akan mengundi parti yg terbaik, yg memperjuangkan perpaduan dan meletakkan islam sbg sumber perundangan :) tq :)

gadisBunga™ berkata...

saya baruuu je balik dari utara semalam. sempat tembak sunrise sawah padi dan almost sunset (bukan sunset) kat tepi pantai je..

cantik kan utara? hihi.

saya org kedah, tapi langkawi pun x penah sampai lagi. gunung jerai pun tak penah sampai lagi.

Kakzakie Purvit berkata...

Dah balik baru khabarkan ye cikgu. Takut kakak kirimlah tu ye...

Fulus banyak lagi tu yg plan nak ke Negeri Bawah Bayu pulak ye..

CikguAreefNaim berkata...

@gadisBunga

oo cheq org kedah naa.. sy smpt snap gambar dr dalam bas je, hehehe...

mmg cantik, sejuk je mata memandang...

ala, mcm sylah dok jb ni after 28yrs bru jejak kaki ke spore :)

CikguAreefNaim berkata...

@Kakzakie

hehehe... kak, almaklumlah blog tenggelam timbul ni... klu kak nk pesan coklat leh dipertimbangkan... tp klu pinggan mangkuk minta maaflah, ish susah nak angkat, hehehe...

taklah, nak gi sabah tu tuk cuti sekolah thn dpn... :)

aDisH.sHidA berkata...

cheq mmg orang utara...nanti mai la kedah lagi...cheq bawak p gunung jerai, muzium padi..sunah pun dah p tempat2 tu...hehee

Papa-NtiQ berkata...

Hi Areef...wah seronok nye dia!...nampak bergaya jer tu bergambar tak takut ke masa naik cable car hehe....saya baru sekali jer gi Kedah/Langkawi so nak kene pegi semula nih rase...

CikguAreefNaim berkata...

@aDisH.sHidA

mmg nak pi lagi... wah, bestlah dah ada tourist guide :)

CikguAreefNaim berkata...

@Papa-NtiQ

hi papa ntiq,

erm, seronok... erm, to be honest takut gak, hahaha... erm, sy pun klu ada rezeki nak gi lagi...

Dikuasakan oleh Blogger.