Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera :)
Just nak share satu fakta yang saya peroleh hasil pembacaan daripada novel "Sesuci Cinta" by Aina Emir. Baca novel? Novel cinta? Silalah percaya yer, hehehe... Actually, novel ni dah lama saya beli. Ketika Pesta Buku di PWTC pada tahun 2005 yang lalu. Siap ada autograph dari penulisnya lagi :) Erm, rasanya dah 2 kali dok ulang baca novel ni, hehehe... Saje je hari tu dok boring2, pilah amik novel ni kat rak buku dok ulang baca... Erm, kalau dok ulang khatam baca al-Qur'an kan lebih baik... Dushhh, hehehe...
Ops, dah melalut pulak. Jom saya sharekan tentang fakta yang saya peroleh tu. Berkenaan budaya pelik orang Sepanyol. Berkaitan masa. Orang Sepanyol ni biasanya akan mengatur masa lewat jika dibandingkan di tempat lain. Misalnya, bangun lewat, bersarapan lewat, makan tengahari dan malam juga lewat dan mereka juga masih aktif hingga jauh malam, kerana tidur pun lewat. Erm, agak2nya apalah signifikan budaya yang pelik ni kepada kehidupan kan. Kalau difikir2kan, rasanya tak memberi kesan yang baik pun...
Erm, teringat pulak kenangan ketika tinggal di asrama suatu ketika dulu. Dok asrama ni kena bangun awal kan. Sebabnya nak bersiap2 pi solat Subuh berjemaah kat musolla. Tapi, penah gaklah dok kena libas rotan kat betis tu sebab terlewat pi musolla. Aduh... Hehehe... Sebenarnya nak citer satu budaya dalam kalangan pelajar2 asrama ni. Konon2nya dok cepatkan jam, niatnya supaya tak terlewat bangunlah. Mula2 tu boleh pakai lagilah cara tu. Pastuh, satu dorm dok pakat tak sedarkan diri, sebab tengok jam je terus leh cakap dalam hati, "alah jam tu bukan betul pun". Hehehe... Kalau saya pulak, dok kunci jam kat hp tu, tapi takdenya nak bangun tang2 tu jugak... Tambah 10 minit lagilah, 5 minit lagilah... Yang kelakar tu leh tambah 2 minit, seminit, hahaha... (Yang ni tang sekaranglah nooo, zaman saya dok asrama dulu belum wujud hp2 ni, hehehe).
Leave a Comment