From Johore to Marang, Terengganu


Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera...

AlhamdulilLah, pada 5 Februari yang lalu (bersamaan 12 Rabi'ul Awwal 1433H), saya telah berkesempatan untuk menghadiri walimatul 'urus seorang sahabat sepengajian saya ketika belajar di UM dahulu bertempat di Kg. Rusila, Marang, Terengganu. Bertolak dari rumah jam 7.00 pagi dan sampai di sana lebih kurang jam 3.00 petang. 8 jam perjalanan. Tapi, saya suka menempuhi perjalanan panjang untuk ke Pantai Timur ni... Seronok! Boleh tengok pantai yang indah nan damai dan boleh berhenti di tepi-tepi jalan untuk membeli-belah, hehehe...

Sampai rumah pengantin lebih kurang jam 3.00 petang. Sampai-sampai terus makan dulu. Lepas makan, sempatlah berbual-bual bersama kedua-dua pengantin ni. Kawan saya yang pengantin perempuan tu. Namanya Mustaqimah. Dah berbual lebih kurang dan sempat mengabadikan foto kenangan bersama pasangan mempelai ni, kenalah mengundurkan diri kan. Takkan, nak tolong basuh periuk pulak, hehehe... Sempat gaklah jumpa member-member UM yang lain; Nadiah dan suaminya Azam dan Raja Norini.

Erm, lepas balik dari walimah ni terus ke Saudagar Beach Resort. Tak jauh pun dari Kg. Rusila tu. Resort ni area belah pantai. Kalau dari Kg. Rusila tu, on the way nak ke bandar Marang. Ambik satu bilik je untuk 4 orang; RM80 semalam plus RM5 untuk tilam dan bantal tambahan. Masuk bilik rehat jap, mandi and solat sebelum keluar gi jalan-jalan. Cadangnya nak gi Pantai Kelulut, tapi on the way tu jalan jammed, terus u-turn ke Kg. Rusila semula. Then, terus ke area Nur Arfa Batik sebab pengusaha resort tempat saya menginap tu beritahu, kat situ ada tempat makan yang agak murah harganya; Restoren Norzila namanya, tapi yang ni bukan Restoren Norzila depan Masjid Terapung tu ye. Erm, tapi tak pegi pun Restoren Norzila tu, sebab nampak pasar malam, terus je gitu situ. Beli je makanan kat situ. Semestinya nasi dagang, nasi kerabu dan satar menjadi pilihan. Erm, memang favorite ni, hehehe...

Pastu, gi makan kat wakaf area Masjid Terapung tu. Then, singgah gak Restoren Norzila kat depan Masjid Terapung tu, sebab mak saya nak beli pulut kelapa yang makan ngan ikan kering tu. Before, memang pernah makan kat sini. Pastu, terus ke bandar KT. Just singgah jap Pantai Batu Buruk, then lalu depan Dataran Syahbandar dan Pasar Payang (lalu je ye, sebab dah malam mana bukak lagi kan, tapi ada orang yang buka gerai depan Pasar Payang tu dok jual benda yang sama gak ngan apa yang ada kat Pasar Payang tu except pakaianlah). Then, singgah Pasaraya Hari-Hari kat area Masjid Abidin tu. Sempat gaklah beli 2 pasang baju batik. Tapi baju batik from Pasaraya Hari-Harilah ye, kalau baju batik Terengganu tu mau beratus harganya, hehehe...

Pastu, nak balik teruslah ke chalet. Dok ambik signboard ke Kuantan. Tapi, yang kelakarnya, 3 kali dok pusing balik depan Pasar Payang tu. Sebelum ni, tak pernah pulak jadi gitu, hehehe... Last-last berhenti tepi jalan dok tanya sorang mamat ni camner nak balik semula ke Marang. AlhamdulilLah, mamat ni punyalah baik hati siap drive suruh ikut kereta dia. Dia tunjuk jalan sampai bulatan yang ada replika Batu Bersurat tu. AlhamdulilLah, selamat sampai ke chalet semula. Aktiviti seterusnya apa lagi zzz... Hehehe...

2 ulasan

aDisH.sHidA berkata...

BEST NYA....DAH LAMA X PEGI PANTAI TIMUR NIE...JOM NANTI KITA WAT MINI GATH DI SANA LAK...LEH JUMPA JIJI, CIK PULAU DI SANA...

CikguAreefNaim berkata...

to adish shida,

erm, tryla organize... tp sy ni jenis tkleh bg persetujuan awal... suka last minute, hehehe... tp sy mmg suka gi pantai timur... tp teringin gak nak gi utara, sbb tk penah mai lg...

Dikuasakan oleh Blogger.