Semarak Ramadan (8) - Its Not Just A Fasting Month!
Ramadan
Its not just a fasting month!
Puasa di bulan Ramadan itu wajib
Sebagaimana diwajibkan kepada kita untuk menunaikan
Solat 5 waktu sehari semalam
Wajib - Dikerjakan dapat pahala, ditinggalkan mendapat dosa
So, kenapa berpuasa tetapi masih mengabaikan solat?
Di bulan Ramadan ni
Yang wajib itu hanyalah berpuasa, menunaikan zakat fitrah
Dan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam
Di samping itu, kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah sunat
Seperti menunaikan solat terawikh, membaca al-Qur'an, bersedekah, berqiamullail
Memberi makan kepada orang yang berpuasa dan sebagainya lagi
Ingat tu yer, sunat bukan wajib!
Sunat - Dikerjakan dapat pahala, ditinggalkan tidak berdosa
So, janganlah mengutamakan yang sunat melebihi yang wajib...
Yang wajib tu kita utamakan, yang sunat tu sentiasa kita tambah-tambahkan :)
Ramadan sudah di pertengahannya
Namun, belum terlambat untuk kita terus
Memperkemas dan melipatgandakan ibadah di bulan yang mulia ini
Moga kita akan terus istiqamah!
Moga puasa kita bukan sekadar lapar dan dahaga
Kerana Ramadan...
Its not just a fasting month!
Selamat beramal... :)
p/s - Pesanan buat diriku yang leka dan alpa!
Leave a Comment