Semarak Ramadan (4) - Kenangan Ketika Berpuasa
Menjadi kebiasaan pada bulan Ramadan
Bertukar-tukar juadah berbuka puasa sesama jiran tetangga
Ia sebenarnya merupakan satu amalan yang baik dan dituntut agama
Tapi, kenalah niat untuk bersedekah
Bukan kerana terpaksa yer!
Masa saya di zaman kanak-kanak ribena dulu
Biasanya, sayalah yang akan menghantar juadah berbuka puasa tu
So, nak dijadikan cerita
Suatu hari tu ntah macamana saya leh pulak terasa juadah yang hendak dihantar tu
Tetiba je tercuit sikit, terus rasa kat lidah, hehehe...
Tak silap saya juadah yang hendak dihantar tu
Ikan masak asam pedas
Erm, dah nama orang Johor, memang pantang nampak asam pedas kan :)
Tapi, tak ingat pulak samada saya ludahkan balik or telan terus masuk dalam perut, hehehe...
Itulah antara kenangan ketika berpuasa yang tidak dapat saya lupakan!
Nota :
Merasa makanan dihujung lidah
Tidak membatalkan puasa, tetapi hukumnya makruh
Dan makanan yang dirasa itu perlu diludahkan semula, tidak boleh ditelan terus
Makruh maksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak berdosa jika ianya dilakukan
Tetapi, mendapat pahala jika ianya ditinggalkan
Merasa makanan dihujung lidah yang dimaksudkan ialah
Sepertimana kondisi seorang tukang masak yang terpaksa merasa sesuatu makanan
Untuk menentukan makanan itu cukup masin ataupun tidak, sedangkan ia sedang berpuasa
WalLahu A'lam...
Leave a Comment