Kasihnya Seorang Ayah!

En. Md. Tazri dan anaknya Nabihah

Hari ini keputusan UPSR Tahun 2010 diumumkan
Seperti biasa saban tahun akan diadakan Majlis Pengumuman UPSR di sekolahku
AlhamdulilLah, 7 orang mendapat 5A

Aku menyaksikan pelbagai ragam murid
Menerima keputusan yang cukup mendebarkan

Pelbagai riak wajah
Ada yang tersenyum
Ada yang tertawa riang
Ada yang masam mukanya
Ada riak kekesalan
Ada yang menadah tangan kesyukuran
Ada yang menitiskan airmata kehambaan

Namun, yang paling menyentuh hati
Hingga mengalir juga airmata seorang aku
Melihat kasihnya seorang ayah
Memberi penghargaan buat si anak
Penghargaan yang cukup bermakna
Peluk cium kasih seorang ayah
Dan airmata seorang anak
Itulah hadiah sebuah kejayaan
Atas satu pengorbanan dan semangat juang

Sungguh menyentuh hati
Sebak rasa di dada
Mengingat pengorbanan seorang ayah
Yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah
Sungguh rasa terbalas
Atas kejayaan seorang anak
Senyum seorang ayah
Melihat keringatnya berganti najah

Ini titik tolak perjuangan yang masih panjang
Tahniah buat yang berjaya
Yang kurang berjaya
Ini bukan noktah
Teruskan usaha
Berdoa dan bertawakkal
Kerana di sana
Pasti ada sinar kejayaan
Berjaya dan bersyukur
Gagal bukan beerti rebah

Salam perjuangan buat anak-anak didikku!
Doaku mengiringi langkahmu
Hormati guru
Berbaiklah sesama rakan
Sayangi keluarga
Dan yang penting
Taatlah kepada Allah dan Rasul
In sya Allah hidupmu berjaya di dunia
Dan juga di akhirat
Amiin...

Guru-guru Tahun 6 bergambar bersama calon yang mendapat keputusan 5A

p/s - anak sedara saya, Siti Nursyuhadah yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam at-Tahfiz Pasir Gudang juga memperoleh keputusan 5A, alhamdulilLah...

7 ulasan

UmiIzz berkata...

Kasih seorang memang tak ternilai pengorbanannya, Tahniah buat yang berjaya.. Teringat masa kita amik keputusan dulu erk.. cikgu azaref salah seorang pelajar cemerlang =)

CikguAreefNaim berkata...

to umiDanish...

Seorang ayah jarang menunjukkan kasih sayangny secara nyata. Tapi pengorbanannya tula tanda kasih sayangnya...

arwah ayah tak sempat rasa kejayaan seorang anak...

tq!

ye ke? semua pun cemerlang... alhamdulillah, skrg sume dah berjaya!

Unknown berkata...

salam ziarah..
tahniah...kepada 7 pelajar, tak sangka anak en tazri termasuk 7 pelajar tersebut...

saya kenal dari lama sekolah...tak sangka...link blog..semua blogger hebat..seperti cik mat, abang eq, abang muz...


ayu follow

CikguAreefNaim berkata...

wsalam...

siti rahayu orang sayong gak yer? x-SKSS ker?

tq! yer anak en.tazri slh sorang yg dpt 5A tu... kenal yer?

link to orang2 hebat, sy biasa je, hehehe... tumpang glamer je, hehehe...

tq sudi follow blog sy...

Unknown berkata...

saya menantu hamis...yang ada kedai makan belakang mobil

Unknown berkata...

saya pun sebak melihat kasihnya seorang ibu. like my school setelah 10 tahun, br lah tahun ni muncul sorang murid dpt 5a..tu pun dh cukup menggembirakan kami...JPN pun siap tanya rahsia kejayaan setelah 10 tahun selalu jatuh

CikguAreefNaim berkata...

to cikgu mia...

di sebalik kejayaan seorang anak, pasti ada kasih seorang ibu dan ayah...

tahniah cikgu mia!

rahsianya, ialah adanya guru-guru yang berdedikasi dan ikhlas mendidik anak bangsa...

teruskan kecemerlangan itu...

Dikuasakan oleh Blogger.