Lompat Jauh
Esok, akan bermula Kejohanan Olahraga Tahunan SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya Johor (sekolah saya ler tu) bagi acara padang akhir. Esok akan dijalankan acara lompat jauh dan lompat tinggi. Saya telah diamanahkan sebagai Ketua Hakim bagi acara lompat jauh, walaupun sekadar boleh lompat setakat level budak darjah 1 je. He3. Sebenarnya, atlet2 yang akan mewakili setiap rumah sukan tak cukup latihan pun. Tapi, Alhamdulillah mereka ni sebenarnya telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan 'kelebihan' berbanding rakan2 mereka yang lain. So, mereka terpilih mewakili rumah sukan masing-masing. Harap2 dengan 'kelebihan' yang dikurniakan, ditambah lak dengan latihan yang tidak seberapa tu, mereka akan mempamerkan prestasi yang boleh dibanggakan. Kat sini, saya nak share tentang latihan yang boleh diberikan untuk atlet2 lompat jauh. Sebenarnya, sesetengah murid tidak mendapat latihan yang cukup dan tidak didedahkan dengan teknik-teknik latihan yang betul, so 'kelebihan' mereka tidak dapat ditonjolkan dengan baik. Guru2 pun kurang pengetahuan tentang teknik-teknik latihan yang betul (termasuklah saya). So, cubalah teknik latihan yang saya share ni yer... Majula sukan untuk Negara (ceh, patriotiklak). He3.
Leave a Comment