Semarak Ramadan (9) - Keberkatan al-Qur'an


Oktober 2004/ Ramadan 1425 Hijrah
Ketika ini saya berada di dalam semester akhir pengajian di Universiti
Semester yang agak menggusarkan
Kerana di samping menyiapkan latihan ilmiah
Saya juga mendaftar untuk satu 'killer subject' (biasanya student akan gagal or mendapat keputusan yang kurang baik di dalam subjek ni)

AlhamdulilLah, kebiasaan saya di dalam bulan Ramadan adalah membaca al-Qur'an
So, nak dijadikan cerita...
Pada malam sebelum berlangsungnya peperiksaan
Ketika sahabat-sahabat saya yang lain sibuk mengulangkaji secara berkumpulan
Saya pula entah mengapa kurang berminat untuk menyertai mereka
Padahal saya sendiri pun tak habis studi lagi
Saya lebih menghabiskan masa dengan membaca al-Qur'an
Sehingga saya terdengar 
Ada seorang  sahabat yang berkata
Yang saya tidak perlu mengulangkaji, hanya cukup dengan sekadar membaca al-Qur'an

Sebenarnya, saya risau gak nak menghadapi peperiksaan tu
Tapi, menjadi kelaziman saya
Tidak menjadikan alasan peperiksaan untuk kita mengabaikan kewajipan kepada-Nya
Saya sendiri tidak tahu mengapa saya hanya mengulangkaji sekadarnya sahaja
Sedangkan saya tahu, bukan mudah untuk lulus subjek tu
Pasti ada hikmah yang mahu Allah tunjukkan...

Pada hari peperiksaan tu, saya menjawab sekadarnya sahaja
Langsung tidak yakin dengan jawapan yang diberikan
Dan saya yakin, saya tidak akan lulus di dalam subjek tu, perlu 'repeat paper' :(
Namun, semua yang berlaku adalah atas kehendak-Nya juga
AlhamdulilLah, saya telah lulus dengan keputusan yang agak cemerlang
Saya memang terkejut, macam tak percaya jer!
Dan yang saya tak sangka, keputusan sahabat yang bercakap tentang saya tu
Sama dengan keputusan yang saya perolehi :)

Mungkin inilah 'ibrah (pengajaran) dan hikmah yang mahu Allah tunjukkan
Yang mengingatkan kita untuk tidak sesekali melupakan-Nya
Walau dalam  apa jua keadaan yang kita hadapi
Dan mengingatkan kita akan keberkatan kitab-Nya itu...
Juga tentang kewajipan kita untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini

Salam Nuzul al-Qur'an...

p/s - Jangan tiru saya yang malas nak studi tu yer :)
Mungkin situasi ini berlaku
Untuk menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat saya yang lain

2 ulasan

padlie berkata...

Bila kita ingat Allah,
Allah akan sentiasa bersama kita...

CikguAreefNaim berkata...

to padlie,

mg hati kita akan sentiasa mengingati-Nya :)

Dikuasakan oleh Blogger.