Semarak Ramadan (10) - Rezeki Itu Di tangan Allah


Di bulan Ramadan ni
Ramai yang mengambil peluang untuk menambah pendapatan
Dengan menjual pelbagai jenis keperluan
Samada yang berkaitan dengan bulan Ramadan itu sendiri
Dan juga untuk persiapan menyambut 'Aidilfitri

Saya juga biasa berniaga di dalam bulan Ramadan ni
Antara yang pernah saya jual seperti biskut raya, kek dan juga pakaian
Tapi, takdelah sampai bukak gerai, just jual kat rakan-rakan sekerja jer
Untuk tahun ni, tak berkesempatan pulak

Berniaga di dalam bulan Ramadan ni
Mengingatkan saya akan satu 'tragedi' yang berlaku pada tahun lepas
Tahun lepas saya berniaga kek lapis
Actually, saya tak kenal dengan pembuat kek lapis tu
Hanya berurusan melalui seorang sahabat yang turut menjalankan bisnes yang sama

Tapi, bisnes ni memang takde risiko
Sebab saya just ambil order and dapat komisyen
Cuma pada awal tu adalah keluar sedikit modal untuk sampel kek lapis tu

AlhamdulilLah, tempahan yang diterima agak banyak jugaklah
So, komisyennya mestilah banyak jugak kan?
Tapi, semua tu hanya menjadi angan yang tak kesampaian :(
Nak dijadikan cerita...
Pada hari saya mahu mengambil tempahan yang telah dibuat
Saya mendapat panggilan telefon daripada sahabat saya tu
Nak tahu apa yang berlaku?

Saya pun tak tahulah sejauhmana kesahihannya
Menurut sahabat saya tu
Semua tempahan telah dirampas oleh ahlong
Menurut sahabat saya tu lagi
Tak pastilah samada akak yang buat kek tu or suaminya yang meminjam
Then, ansuran pinjaman tak dapat dilunaskan
So, geng-geng ahlong ni bertindak menyerbu rumah akak ni
Dan merampas semua peralatan membuat kek termasuklah dengan kek-kek yang telah siap
Sampai hati kan?

Inilah bahananya kalau meminjam dengan ahlong
Ingatkan dapat hidup senang-lenang
Tapi, sebaliknya berlaku
Malahan boleh menyebabkan kehilangan nyawa
Sedangkan di dalam Islam, darah seorang manusia tu adalah haram
Di sisi manusia yang lain
Tapi, mereka berlagak umpama Tuhan
Yang sesenang hatinya mengambil nyawa orang lain, huhuhu...

Moga kisah ini dapat menjadi pengajaran buat semua
Yang mengingatkan kita bahawa semua rezeki tu adalah atas kurniaan-Nya juga
Sebanyak mana pun kita berusaha, kalau ia bukan rezeki kita
Pasti kita tidak akan sesekali memilikinya...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.