Di JDT Kami Bertemu
22 Jun 2014. Mini gathering bersama rakan-rakan sepengajian ketika menuntut di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kampus Nilam Puri, Kelantan dan Kampus Utama KL bertempat di Mat'am al-Lazeez, Larkin Idaman, JB.
Ada yang selalu jumpa. Ada yang hampir 9-10 tak pernah berjumpa; setelah tamat belajar dan membawa haluan hidup masing-masing. Hari ini hadir bersama isteri atau suami dan anak-anak. Ada juga yang hadir solo samada isteri atau suami berada jauh ataupun memang 'solo' lagi :)
Dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, KL dan Johor di JDT ini kami bertemu dan mengerat ukhwah... Moga ukhwah antara kami akan kekal terjalin di atas nama-Mu ya Rabb... Ukhwah filLah abadan abada...
Menunggu kehadiran rakan yang belum tiba... |
Penuh meja... |
Nasi Arab siap sedia untuk di 'ngap' hihihi... Sedap!!! |
Kesemua dewasa di dalam gambar ini adalah rakan sepengajian suatu ketika dahulu (kecuali yang kanan sekali tu) |
Leave a Comment