Entri Balas : Geng Utagha Mai Johor

Khamis, 24 Januari 2013; cuti sempena sambutan MaulidurRasul 1434H, 2 orang sahabat blogger datang bertandang ke Johor; Shida dan Aimaa. Sebagaimana yang dijanjikan, kami akan ber'gather2' pada Jumaat, 25 Januari tu. Actually, Khamis tu dorang (Shida, Aimaa dan Sunah) bermalam di rumah kak Ayu Citarasa Rinduan. Jarak rumah kak Ayu dengan rumah saya dalam 10km je. Tapi, sebab dah janji nak bawa dorang jalan-jalan and makan-makan kat JB, so kami janji nak jumpa di JB je.

Pagi 25 Januari tu saya bekerja. So, jumpa petanglah kan... Mula janji nak jumpa jam 3.00 petang di Taman U, tapi saya minta tunda ke jam 4.00 petang pulak. Sebab lepas balik solat Jumaat tu rasa mengantuk pulak, hehehe... Then, dorang pulak minta tunda ke jam 4.30 petang, sebab katanya tak puas lagi nak beramah-mesra dengan family kak Ayu. Tapi, sebenarnya jam 4.00 petang tu saya dah sampai di Taman U, saje tak nak bagitau dorang. Yelah, takut dorang rushing pulak. Then, jam 5.00 petang baru dorang sampai, sebab lepas balik dari rumah kak Ayu, dorang singgah di rumah sewa Sunah di Taman Seri Pulai terlebih dahulu. Korang, tak payah rasa bersalah lah! 1 jam menunggu tu tak rasa bosan pun. Sebab saya dok puas 'test suara' dalam kereta tu, kihkih... Sebab masa tu saya dah siap, so saya terus pergi jelah :)

Mula plan nak makan nasi ayam penyet di Restoren Pinang, tapi tak jadi terus ke Restoren Bibik pulak. Kedua-dua Restoren ni terletak berdekatan je. Sunah yang suggest makan kat sini, almaklumlah Sunah kan 'kakak kawasan' kat Taman U tu, hahaha... Saya pulak biasa makan nasi ayam penyet di Restoren Endang. Tapi, saya memang teringin gak nak makan di Restoren Bibik ni, sebab dok dengar orang cerita nasi ayam penyet kat sini sedap gak. Erm, bagi saya kira recommended jugaklah nasi ayam penyet di Restoren Bibik ni...



Erm, sambil makan sambil berborak. Yelah, 1st time jumpa dulu dah lama gak. So, ni pertemuan kali ke-2 dengan Shida dan Aimaa dan kali ke-4 (tak silap) dengan Sunah. Yang paling peramah tentulah si Shida tu, hehehe... Dahlah pekat dengan loghat utaghanya tu, hehehe... Dalam jam 6.00 petang kami selesai makan. Sunah kena masuk kerja. Dia kerja part time di U-Mall. So, Shida dan Aimaa ikut saya pulak. Mula tu, gi solat Asar di Masjid UTM. Dorang dah siap solat jamak. So, saya jelah yang gi solat. Selesai solat, dok bawak dorang pusing-pusing jap area UTM tu sebelum keluar melalui pintu JB. Masa masuk tu melalui pintu utama. Masa dah drive keluar, baru teringat patutnya bawa dorang lalu pintu baru tu. Bolehlah pulak si Aimaa suruh patah balik, hehehe... Tapi tak pun :)

Then terus ke JB. Takdelah singgah mana sangat pun. Just tunjuk-tunjuk tempat-tempat menarik di Bandaraya JB ni. Dari dalam kereta je... Kira bagi kenal jelah. Lagipun masa tak mengizinkan. Adalah berhenti sekejap di Pantai Lido then ke Stulang dan kembali semula ke Bandaraya JB untuk solat Maghrib di Masjid Sultan Abu Bakar. 

Senja di Pantai Lido

Lepas solat Maghrib, ajak dorang makan chicken chop di Hutan Bandar pulak. Saya ngan Aimaa makan lamb chop. Shida makan chicken chop je sebab dia tak makan kambing. Sambil makan sambil berborak lagi. Actually, memang tak berhenti berborak pun. Ada je yang diborakkan, hehehe... Sampaikan, ada pengunjung yang masih tak dapat tempat duduk, dok ushar je tepi meja makan kami tu, hihihi...

Chicken chop - RM5

Lamb chop - RM10

Then, selesai makan saya hantar dorang ke U-Mall, sebab malam tu dorang bermalam di rumah sewa Sunah pulak. Erm, sejujurnya saya rasa ralat jugak. Sebab, sekejap sangat dapat bawa dorang jalan-jalan. Tu pun tunjuk-tunjuk je... Harap korang berpuas hatilah dengan layanan yang saya diberikan tu ek. Sunah jangan jeles ek, hehehe... Nasib baik, dorang stay JB lagi. Sebab plan asal, pagi 26 Januari tu dorang dah nak bertolak balik. AlhamdulilLah, tak jadi balik. So, Sunahlah pulak ambil alih bawa dorang gi jalan-jalan. Saya pulak yang jeles, hehehe...

Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

In syaa Allah...

6 ulasan

Sunah Sakura berkata...

amboi...jeles menjeles kejenye kan...terima kasih cikgu tolong bawakan diorang keliling johor... *keliling sangatttt kan!*

hehe..

aDisH.sHidA berkata...

Salam cikgu Areef...oooh begini sebenarnya ek cerita disebalik tunda jam nak jumpa nie....huhuhu...knp la x gtau dah sampai...ehem ehem test suara utk apa tu..



pekat sangat ke cheq cakap kedah...tp pham je kan..kihkih..


apa pun tqsm bawak kami jejalan JB...memang borak tak ingat orang dah kan...padahal baru 2x jumpa...aima sendiri pun mcm x percaya kita boleh borak sakan mcm tu


Bunda_nora berkata...

Assalasmualaikum dari bunda

CikguAreefNaim berkata...

@Sunah Sakura sapelah yg jeles dulu kan :)alhamdulillah dorang stay lg kan, leh sambung jln lg...

CikguAreefNaim berkata...

@aDisH.sHidA w'salam... saje tknak bagitau... alah, sy mmg suka nyanyi dlm keta, hehehe...

faham je :)

sama2... peramah di alam maya, in syaa allah peramah di alam realiti :)

CikguAreefNaim berkata...

@BUNDA a.k.a KN

w'salam bunda :)

Dikuasakan oleh Blogger.