Teriak!!!

Pagi semalam ada majlis makan-makan kat sekolah saya 
Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan yang bakal menjelma...
Erm, budaya orang kita memang suka buat majlis makan-makan ni kan
Actually, saya pun suka gak, hehehe...
Bagi saya, aktiviti sebegini sebenarnya dapat mengeratkan tali persaudaraan
Yelah, sama-sama donate duit/ makanan, sama-sama menyusun hidangan
Then, duduk di atas tikar makan sama-sama
Sama-sama membersihkan apa yang patut...
Membersihkan barang-barang yang telah digunakan
Dan 'membersihkan' baki-baki makanan untuk dibawa pulang hehehe...
Kat sekolah saya, majlis sebegini dipanggil "teriak"
Ala-ala potlucklah...
Tapi, sekarang dah jarang buat potluck ni
Just collect duit and order makanan je
Tapi, ada jugalah yang baik hati turut menyumbangkan menu-menu sampingan
Kadang kiteorang buat ikut giliran grup-grup yang telah ditentukan
So, takdelah dalam satu hari tu terlalu banyak makanan yang dihidangkan
Tapi, yang pagi semalam ni melibatkan semua
Just satu majlis je, no more...


Mee bandung
Saya order daripada kak Ayu Razali
AlhamdulilLah, menu yang mendapat sambutan dan pujian
Saya pun dok ulang makan ni je :)


Then layan ni pulak
Nasi putih plus sayur campur, ayam goreng berempah, kari daging, ikan kering
Sambal belacan dan ulam-ulaman
Ada gak kuetiaw goreng
Nampak tak tu ada peria katak?
Tu just buat hiasan je...
Saya gigit sikit je pastu luah balik, pahittt!!! Hehehe...


Layan ni gak...


Dan ini...


Dan ini...
Kuih talam; di atasnya diletakkan pulut dan serawa durian
Bedal jelah, hehehe

AlhamdulilLah, banyak betul makanan...
Moga dengan nikmat yang telah Allah S.W.T. kurniakan ini
Tidak membuatkan kami lupa pada nasib insan-insan lain
Yang kelaparan dan kekurangan makanan...
Dan moga kami akan sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang telah dikurniakan...
In sya Allah...

8 ulasan

Outbound di malang berkata...

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Unknown berkata...

salam rahadhan cikgu

oh.. ditiak TERIAk,. baru kak ayu tau..
tapikan.. semua juadah tu mmg menyelerakan.. dan gambar mee bandung CR tu nampak sangat lazat

eik.. hahhaha

CikguAreefNaim berkata...

@Outbound di malang

salam kenal kembali :)

pujian sbg tanda menghargai...

CikguAreefNaim berkata...

@Citarasa Rinduan

salam ramadan kak...

ntah, kat sekolah sy panggil gitu...

mee bandung tu mmg best! siapalah yg tlg masakkan kan? hehehe

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC berkata...

huii... fat & carbo tu..
sekali sekala x per 2 kali dua kala mau la jadi pohon rendang..

CikguAreefNaim berkata...

@LiFe Is BeAuTifUl LyRiC

erm, sekali sekali apa... mmg berkali2, hehehe... lagilah lps raya ni...

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC berkata...

hahah...dah boleh agak dah. Mesia mewah dgn makanan. :D

Teriak org utara kata menagis meraung..

Selalu refer to budak2 kecik yg dok mengmuk..

Klau kes ni:

majlis teriak = majlis menangis meraung beramai2..

Heh!

CikguAreefNaim berkata...

@LiFe Is BeAuTifUl LyRiC

apa2 jelah, hehehe...

Dikuasakan oleh Blogger.