Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap semuanya sihatlah yer... Terliur tak tengok set makanan kat atas tu? Hehehe... Actually inilah antara menu yang terdapat di Restoren Kenny Rogers Roasters. Actually, petang tadi saya gi jalan-jalan di Plaza Angsana, JB. Selesai jalan-jalan tu, gilah singgah di Restoren ni. Erm, actually saya makan kat situ gak, yang kat atas ni untuk di'take away' yer... Selalunya set menu ni, didatangkan bersama sebiji muffin, tapi dorang tak serve pulak hari ni, huhuhu... So, saya tukar dengan side dishes jer.
So, apa yang sampai dok teringat-ingat tu? Hehehe... Actually, saya dok teringat dulu saya penah keja di Restoren Kenny Rogers Roasters Cawangan KL Sentral. Masa tu, saya baru jer habis belajar di UM. Tu yang dok teringat-ingat tu. Masa dok belek-belek buku menu tu, teringat-ingat jer dulu saya penah dok bakar ayam, sediakan side dishes, dok amik and sediakan order and penah gak handle bahagian cashier. Erm, tetiba teringat pulak macamana bau and rasa tangy chicken and bau muffin yang baru jer lepas dibakar, hehehe... Teringat gak kat member yang sama-sama keja dulu terutamanya Sir Hazli, Miss Liza and Miss Siti. Apalah citer dorang sekarang ni... Erm, macam-macam lagilah yang saya dok teringat. Sebab lama gak saya keja di sini. Keja kat sini memang penatlah sebab tak boleh duduk and time customer ramai memang tak menang tanganlah. Tapi, semua tu memberikan pengalaman yang amat berharga buat saya...
Sebelum saya jadi cikgu ni, alhamdulilLah saya memang tak pernah menganggur. Tapi keja biasa-biasa jelah. Saya pernah keja di Restoren Pizza Hut, menjadi patient service di Pantai Medical Centre Bangsar, mengajar tuisyen di kolej dan menjadi sukarelawan di Petrosains dan Pusat Sains Negara. And last sekali, sebelum saya jadi cikgu ni, saya join Skim Latihan Graduan di bawah Institut Kajian Zakat Malaysia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka dan menjalani latihan praktikum di Majlis Agama Islam Negeri Johor. So, pesan saya buat adik-adik yang baru tamat belajar carilah pengalaman sebanyak mungkin walaupun hanya bekerja sebagai pencuci pinggan di restoren-restoren. Walaupun keja yang kita lakukan tu dianggap kurang glamer, tidak setanding dengan kelulusan yang kita miliki, tetapi in sya Allah ia akan memberikan pengalaman yang cukup berguna untuk kita berhadapan dengan pelbagai ragam dan rencah kehidupan.
Leave a Comment