Berakhir Sudah Sebuah Impian...

 
Rakaman video Wardatunnur
Di dalam pertandingan kalam jama'e (choral speaking in Arabic)
Sempena Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011
Bertempat di TJMart Saleng, Kulaijaya, Johor
Pada 16 Julai 2011 yang lalu
 
 
Di bawah ni
Salinan nota di FB saya pada 16 Julai 2011 jam 3.47 petang
Sedikit luahan hati saya sebagai seorang guru pembimbing
Kepada team kalam jama'e ini
                     
Assalamu 'alaikum...

AlhamdulilLah, baru sahaja pulang daripada mengiringi anak-anak murid saya ke satu pertandingan di peringkat Daerah. Keputusannya hanya mendapat tempat ke-4 daripada 9 pasukan yang bertanding dengan memperoleh markah sebanyak 80%. Kekalahan hanya berpunca daripada masa persembahan yang tidak mencukupi sebagaimana yang telah disyaratkan. Ini kesilapan saya sendiri sebagai jurulatih. Sebenarnya, saya telah meminda teks asal, tanpa sedar bahawa ia telah menyebabkan masa persembahan tidak mencukupi sebagaimana yang telah disyaratkan.

Berakhir sudah satu fasa perjuangan. Saya telah melatih kumpulan ini sejak mereka darjah 3 lagi. 4 tahun berturut-turut kami menyertai pertandingan ini. Dan belum sekalipun membuahkan hasil, walaupun hanya sekadar mendapat tempat ke-3. Sebenarnya, tahun ini saya sudah tawar hati untuk menyertai, tetapi anak-anak murid saya tu yang bersemangat sungguh untuk turut serta, walaupun mereka sebenarnya terlalu sibuk dengan persiapan menghadapi UPSR. Kerana semangat mereka itulah, saya bangkit sekali lagi pada tahun ini walaupun kehampaan yang diperoleh pada setiap tahun. Rupanya tahun ini, Allah masih belum mengurniakan rezeki-Nya buat kami. Sesungguhnya Allah mengurniakan nikmat untuk menguji sejauhmana hamba-Nya itu bersyukur, dan sesungguhnya Allah mengurniakan ujian untuk menguji sejauhmana hamba-Nya itu bersabar...

Sesungguhnya hati saya sayu apabila selesai sesi latihan terakhir semalam. Kerana sudah lama saya bersama mereka. Merekalah lambang perjuangan saya selama ini. Mereka anak-anak yang ikhlas dan bersemangat walaupun kadang-kadang ada jua ulah mereka yang membuatkan saya hilang sabar... Namun, merekalah penyejuk di hati... Rasa pilu hati ini apabila mereka meminta maaf atas segala kesalahan dan memohon dihalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan, sebelum mereka membuat persembahan pada pagi tadi. Sesungguhnya saya akan merindui momen-momen terindah bersama mereka, kerana pada tahun hadapan mereka akan melangkah ke alam persekolahan menengah.

Sebenarnya, saya menerima kekalahan ini... Bagi saya kekalahan yang sangat bermaruah. Mereka telah melakukan yang terbaik. Mereka takut jika saya hampa dan sedih dengan sebuah kekalahan. Namun, bagi saya kemenangan yang sebenar ialah apabila kita melakukan sesuatu itu dengan penuh kesungguhan dan dalam masa yang sama sentiasa bertawakal kepada-Nya memohon agar diberikan kemenangan dan kejayaan...

13 ulasan

NzA berkata...

Oklh tu..insyaAllah thn dpn dpt johan lak...

CikguAreefNaim berkata...

to kak nza,

amiin, tk kak!

Unknown berkata...

cikgu..
sesungguhnya anak2 murid kamu mmg terbilang...

terdetik hati ini, inilah yang terjadi..
saya sayu.. ibu kuat..
ada kaitan juga dengan cikgu dan anak murid cikgu

dengan semangat mereka, akhirnya menang tempat ke 4...
tahniah..

sejujurnya ayu suka statment last itu,.....
menang!!! dengan kesungguhan

Ummiross berkata...

Anggap ianya sebagai permulaan, mereka sangat berbakat dan bertenaga...

CikguAreefNaim berkata...

to kak ayu,

jd guru ni, mmg kejayaan anak-anak didik jelah yg kita harapkan...

CikguAreefNaim berkata...

to hakimi2010,

betul tu! hati tu mmg terkilan, tp ttp kena teruskan usaha kan...

CikguAreefNaim berkata...

to ummiross,

mrk dh darjah 6 kak, thn dpn dh sekola menengah... ye, maybe permulaan utk mrk lbh berjaya pd ms yg akan dtg, amiin...

insan marhaen berkata...

Tabah menerima kekalahan itu lebih baik dan lebih hebat dari yang gembira menjunjung kemenangan...

Unknown berkata...

membaca et=ntry se1 guru sesungguhnya amat bermakna wat sy..penuh ksh & cinta pd anak muridnya...

CikguAreefNaim berkata...

to IM,

betul tu... kalah bukan beerti kita rebah kan? tp terus bangkit dgn semangat yg tdk pernah luntur...

CikguAreefNaim berkata...

to Cikgu Mia,

itulah kisah seorang guru...

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC berkata...

lakukan kerana Allah.. menang kalah terima dgn lapang hati. Kalau niat nak menang jer..mmg frust lah jadi nyer..

CikguAreefNaim berkata...

to life,

in sya allah, tqvm :)

Dikuasakan oleh Blogger.