Aduh, Sakitnya Kepalaku!


Ketika saya menulis entri ini, kepala saya berasa agak sakit. Sebenarnya saya ada menghidap penyakit migrain. Tentu ada di kalangan anda juga, merupakan penghidap penyakit migrain ni. Kalau sakit sikit2 boleh lagi nak buat keja. Tapi, kalau terlalu sakit, adui langsung tak boleh nak buat keja. Nak tido pun tak boleh. Jom baca fakta-fakta tentang penyakit migrain ni...
lk
~Penghidap migrain mudah kena angin ahmar~
(Berita Harian, Selasa – 14 Disember 2004)

London – Penyelidik Amerika dan Kanada berkata, penghidap penyakit migrain mempunyai dua kali ganda lebih risiko untuk diserang angin ahmar berbanding dengan mereka yang tidak menghidap penyakit sakit kepala teruk itu. Tiga kajian dalam penyelidikan itu menunjukkan wanita yang menghidap migrain dan mengambil pil pencegah hamil adalah lapan kali ganda lebih berisiko untuk diserang angin ahmar.
lk
lk
~Sekilas... Migrain~
(Utusan Malaysia, Khamis - 19 Mac 2009)

Sejenis serangan sakit kepala yang berterusan. Majoriti punca penyakit ini disebabkan cuaca panas yang berterusan. Satu kajian yang dilakukan di sebuah Hospital Besar di California terhadap lebih 7,000 pesakit migrain mendapati bahawa kenaikan suhu panas sebanyak 5°C akan menyebabkan risiko migrain meningkat sebanyak 7.5 %. 2,250 orang disahkan terkena serangan migrain dan selebihnya mengalami tekanan serta sakit kepala yang tidak diketahui puncanya.

~Heart attack risk in migraine~
(New Straits Time, Wednesday - 25 April 2007)
lk
WASHINGTON: Men who suffer migraine headaches have a higher risk of heart disease, particularly heart attacks, according to a study published on Monday. The researchers found a 24 per cent increased risk for cardiovascular disease in men who experienced migraines compared to those who did not, including 42 per cent in creased risk for heart attacks.
lk
The study, published in the Archives of Internal Medicine, follows similar findings among women. Dr Tobias Kurth of Harvard Medical School and Brigham and Women's Hospital in Boston and colleagues tracked 20,084 men, aged 40 to 84, who had no history of heart disease from the early 1980's through 2005. About seven per cent of the men reported having migraines. Kurth said it was unclear what it was about migraines that were increasing in the risk.
kj
But he noted that people who had migraines tend to have more cardiovascular risk factors such as high blood pressure and high cholesterol. The researchers last year published a study tracking nearly 28,000 women that showed those who had migraines were more likely to develop cardiovascular disease as well.

~Diet berkhasiat kurangkan migrain~
Susunan SADATUL MAHIRAN ROSLI
lk
Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus penduduknya mengalami migrain. Didapati wanita mengalaminya lebih tiga kali ganda berbanding lelaki. Selain menunjukkan gejala seperti tubuh lesu, kepala berdenyut, terdapat juga beberapa gejala seperti loya dan muntah, gangguan penglihatan serta sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau. Penderitaan ini bakal berlanjutan sehingga tiga hari lamanya.
lk
Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu dan cahaya daripada mentol lampu jimat tenaga serta makanan adalah beberapa faktor kepada serangan migrain.
kj
Justeru, jalan penyelesaiannya ialah mengawal pemakanan dan mengikuti panduan diet yang sihat dan berkhasiat. Ia dikatakan boleh mengurangkan penderitaan dan sekali gus mengurangkan serangan atau kesakitan teruk kesan daripada migrain.
lk
Pakar pemakanan dan naturopati, Max Tomlinson menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan mendapat cukup rehat, mengurangkan tahap stres dan menggunakan ubatan herba yang dibenarkan bagi meredakan migrain dan mengurangkan penderitaan serta kekerapan diserang migrain.
lk
''Serangan migrain juga mungkin adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai alergik atau sensitif kepada beberapa makanan yang diambil, atau bahan kimia yang sering digunakan seharian.
lk
"Di sini, kami tidak boleh menyenaraikan makanan yang berpotensi kerana terlalu banyak. Cuma dinasihatkan supaya menukar diet makanan kepada yang berkhasiat, segar dan menjauhi bahan kimia yang tidak semula jadi terutama dalam makanan proses atau dibungkus,'' katanya.
lk
Tambahnya, seseorang itu juga harus berhati-hati dengan penyebab biasa seperti tekanan darah tinggi, masalah usus, tekanan darah rendah, tidak cukup tidur, sakit di bahagian belakang dan tengkuk serta kekurangan oksigen.

Berhati-hati dengan kafein - kafein boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik. Justeru itu amalkan minuman berkhasiat seperti air kosong, jus buah-buahan dan teh herba.
lk
Sentiasa berhidrat - mengamalkan pengambilan air boleh mengurangkan sakit kepala dan migrain. Oleh itu, amalkan mengambil makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
lk
Bebas garam - tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai penyebab kepada migrain. Garam boleh meningkatkan tekanan darah, mengurangkannya atau langsung tidak mengambilnya boleh membantu seseorang itu mendapat risiko migrain.
lk
Darah melekit - darah boleh menjadi 'melekit' (dipanggil kumpulan platelet) yang berpunca daripada diet yang tidak betul. Ini bermakna darah itu tidak mengalir lancar dan meninggikan tekanan darah. Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuk avacado, bijirin gandum tulen, kacang hazel dan minyak ikan Omega 3 yang boleh diperoleh pada ikan salmon boleh membaiki pengaliran darah.
lk
Fiber - produk buangan yang berada di usus yang paling bawah boleh menyebabkan berlakunya toksin. Seseorang individu harus mengambil sekurang-kurangnya 40 gram fiber setiap hari bagi memastikan perut bersih dan berfungsi dengan berkesan, tetapi selalunya, seseorang itu hanya mampu sebanyak 20 gram. Sehubungan itu, digalakkan makan makanan yang kaya dengan fiber seperti beras perang, prun, kekacang, lentil dan sayur segar.
lk
Gula dalam darah - makanan yang sarat dengan gula dan tepung gandum mengakibatkan peningkatan tahap tenaga dan sekali gus meningkatkan gula dalam darah. Ini menyebabkan pening kepala. Makanan ringan atau hidangan kecil yang berkhasiat seperti oat, bubur dan kentang panggang boleh menurunkan kadar gula secara perlahan.
lk
Magnesium - magnesium penting untuk saraf dan otot. Ketiadaannya boleh menyumbang kepada migrain. Epal, aprikot dan beras perang kaya dengan mineral ini.
lk
L-Tryptophan - asid amino yang berfungsi sama dengan magnesium bagi memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan membantu mengurangkan migrain. Sumber makanan berkhasiat ialah beras perang, keju dan soya.

~Causes of migraine~
(The Sun, Tuesday - 21 April 2009)

HEADACHES and migraines are often triggered by stress, and in women, fluctuations in hormone levels play a role in setting them off, a study by the headache centre of Altlanta cited by germany's migraine and headache organisation on Essen found.
lk
Some 80% of the patients in the study who suffer occasional headaches said stress was the trigger.
lk
Hormone fluctuations came second after being cited by 65% of the people in the survey.
lk
Other causes were hunger, cited by 56% of the participants; weather changes in sleep pattern, cited by 50%.
lk
People who suffer frequent migraines also cite stress and hormone fluctuations as the main cause.
lk
Meanwhile, one out of three of these patients gave hormone fluctuations as the cause, while one-quarter of them cited stress as the main factor.
lk
But not everyone knows what triggers their headches.
lk
In these cases, writing details of the attacks in a diary helps, said Germany's migraine and headaches organisation.
lk
The US study was based on data from 1,200 migraine patients, 84% of them female.
lk
More than three-quarters, 76%, of the participants said their migraine attacks occasionally or frequently were caused by tigger factors.
lk
The majority of the study participants named four to nine things that triggered their headaches.

~Cara ubati migrain~
(Berita Harian, Jumaat - 11 Ogos 2006)

Pesakit yang menghidap migrain, atau sakit kepala kronik setiap hari, mungkin kembali mengalami sakit kepala biasa jika mereka berhenti daripada amalan terlalu bergantung dengan ubat penahan sakit, menurut penyelidik Korea Selatan.
lk
Selain itu bersenam dan mengambil ubat bagi mencegah adalah lebih baik untuk meredakan migrain.
lk
Dr Chin-Sang Chung dan rakannya di Pusat Perubatan Samsung di Seoul mengikuti perkembangan 136 pesakit yang menghidap migrain selama setahun. - Reuters

2 ulasan

Tanpa Nama berkata...

salam buat cikgu azaref,

"sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu memerlukan kesabaran. Adapun bala @ musibah akan menunjukkan adanya perhatian & kasih sayang dr Allah. Oleh itu syukurilah kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi ertryi syukur,"

Sbnarnya dalam hadapi sbrg penyakit, kte selalu melihat diri kte lebih teruk...tetapi dlm pd itu, ada insan lebih tabah. Sprtimana saya juga dilanda ujian 2 penyakit + 2 pakar pada usia yg sama seperti cikgu selama 10 tahun hingga saat ini, saya menerima dgn redha. Kerana di luar sana, di celah-celah pelosok hidup, saya lihat ada org dihimpit lebih derita dari saya yang hanya tahu merintih tetapi tidak pernah cuba menghargai nikmat hayat & perjalanan hidup yg Allah berikan sehingga kini.

wallahuaqlam

semoga ditabahkan hati.

Areef berkata...

W'salam Cikgu Ina...

Tq atas kata2 perangsang yang diberi. N moga cikgu Ina juga tabah menghadapi segala dugaan. Sesungguhnya setiap dugaan yang Allah berikan adalah sekadar dengan kemampuan diri kita sendiri... Saya hadiahkan untuk cikgu Ina video Mawi - Sujud tu...

Dikuasakan oleh Blogger.